Azmin Ali “Persetankan” Keluarga?

Share This:

HUBUNGAN kekeluargaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali yang berantakan bukan lagi rahsia. Namun kita tidak pernah menyangka beliau akan menghamburkan kata-kata nista terhadap ahli keluarga memandangkan kini beliau memikul jawatan Menteri Besar.

Jika beliau gagal menangani isu kekeluargaan dengan berhemah maka adalah mustahil beliau akan mampu mentadbir negeri Selangor dengan baik. Itu adalah pandangan dan gambaran yang rakyat dapat terjemahkan dari kemelut kekeluargaan Azmin Ali.

Beliau dilihat tidak menghiraukan ancaman adiknya Azwan Ali yang berikrar mahu “menjahanamkannya” di Perhimpunan Agung Umno ke 71 (PAU) di ibu negara semalam.

Memetik portal pembangkang, ketika berucap dalam program di sebuah rumah pangsa di Klang malam tadi, Azmin berkata beliau tidak akan mempedulikan semua serangan itu.

“Pedulikan mereka, persetankan mereka! Saya berada dalam perjuangan ini bukan kerana bicara soal keluarga.

“Saya berada dalam perjuangan untuk mengangkat martabat rakyat dan menyelamatkan negara,” katanya.

Jika keluarga pun beliau gagal selamatkan, bagaimana pula beliau mahu merealisasikan agenda yang lebih besar? Sebenarnya kita tahu bahawa Azmin sedar bahawa negara berada dalam keadaan yang terbaik di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri kita.

Negara kita tidak perlu diselamatkan dari sebarang perkara pun. Perkara yang menjadi ancaman kepada negara adalah mereka sendiri iaitu Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Semalam, Azwan Ali yang juga selebriti terkenal membuat kejutan dengan muncul di Perhimpunan Agung Umno dan mengancam untuk mendedahkan rahsia Azmin.

Beliau menafikan dirinya “barua” Umno.  Azwan berkata, beliau akan menjatuhkannya abangnya sebagai pemimpin nombor satu Selangor. Beliau mempunyai lebih dari sejuta cara untuk berbuat demikian.

Beberapa hari yang lepas, salah seorang anak saudara Azmin Ali telah ditangkap oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas tuduhan rasuah melibatkan projek lombong pasir. Beliau direman untuk siasatan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM. Beberapa akaun syarikat bernilai sehingga RM4 juta juga dibekukan.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*