Zaid Ibrahim Serlahkan Belang Sebenar DAP

Share This:

Dalam banyak kenyataan, Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang menyelar UMNO dan Barisan Nasional yang menghasut rakyat untuk menolak DAP atas alasan, UMNO dan Barisan Nasional memomokkan rakyat yang DAP akan memansuhkan kuasa Raja-Raja Melayu dan menjadikan Melayu merempat di tanahair sendiri.

Mungkin ini antara alasan buat Lim Kit Siang memelihara kekuatan parti atau cuba menyorok hasrat sebenar DAP di Malaysia sekiranya mereka berkuasa. Mungkin juga, Lim Kit Siang enggan undi Melayu yang sedikit sebanyak membantu partinya memperolehi kerusi terbanyak pada PRU ke 13 yang lalu, hilang begitu sahaja.

Hakikatnya, apa yang didakwa Lim Kit Siang itu hanyalah cubaan melindungi partinya. Sejak tertubuhnya DAP pada 1966, hasrat utama parti berkenaan adalah mewujudkan sebuah negara Malaysia berasaskan Republik dan bukannya Raja Berpelembagaan. Mana mungkin Lim Kit Siang mampu menipu apabila pemimpin bawahannya sendiri begitu kerap menghina Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Lihat sahaja Nga Kor Ming yang sewenang-wenangnya menghina kaum Melayu dengan perkataan kesat. Itu belum lagi siri kenyataan ramai pemimpin Melayu yang jelas menghina kaum Melayu dan memperlekehkan agama Islam itu sendiri. Terbaru, AHli DAP yang kononnya Melayu Islam, Datuk Zaid Ibrahim pula begitu angkuh berani meningkah titah Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj.

Semuanya bermula apabila Paduka Tuanku Sultan menempelak Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang Baginda sifatkan sebagai seorang yang cukup merbahaya kepada keamanan Malaysia. Baginda menyifatkan kemarahan Mahathir bakal membakar seluruh negara.

Menariknya, secara tiba-tiba Zaid Ibrahim yang kononnya mempunyai pengalaman dalam bidang undang-undang begitu berani meningkah titah Sultan. Apakah ini sebenarnya yang diajar oleh DAP sebaik sahaja dia menyertai DAP? Adakah sememangnya DAP mahu ahli dari orang Melayu tampil kehadapan meningkah dan berkelakuan biadab terhadap Paduka Sultan?

Andai mengambil kira sikap dan cara Zaid Ibrahim yang begitu berani meningkah titah Paduka Sultan, bukan satu perkara yang mengejutkan apabila DAP sememangnya tidak pernah walau sekalipun menggugurkan kemahuan tingginya mahu menghapus kuasa Paduka Sultan-Sultan Melayu dan menghapuskan hak-hak kaum Melayu dan Islam itu sendiri.

Justeru, apa yang diperkatakan Lim Kit Siang yang berjanji akan mempertahankan hak-hak kaum Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu hanyalah sekadar retorik dan janji kosong semata-mata. DAP tetap DAP dan tidak ada apa yang mampu mengubah kemahuan parti itu untuk merubah Malaysia menjadi sebuah negara Republik sepenuhnya seandainya mereka berkuasa.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*