Wanita UMNO Istihar Perang Jihad

Share This:

GENDANG perang Wanita UMNO sudah dipalu dalam Perhimpunan Agung UMNO(PAU) ke 71 yang berlangsung hari ini di Putra World Trade Centre (PWTC). Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengistiharkan Perang Jihad dalam Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) yang akan berlangsung bila-bila masa saja lagi.

Perwakilan Wanita Umno yang berjumlah 973 orang bersama Shahrizat mengangkat sumpah pejuang mengistiharkan Perang Jihad untuk memastikan Barisan Nasional menang dalam PRU14 dan tidak terlepas ke tangan pembangkang.

Rakyat Malaysia hanya ada dua pilihan dalam PRU14.  Pilihan pertama adalah memilih kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa menjaga dan mendahulukan rakyat dalam semua keputsan dan tindakan beliau.

Pilihan kedua pula adalah Pakatan Harapan yang diketuai DAP atau lebih tepat yang dipimpin oleh Maharaja Lim Kit Siang. Rakyat Malaysia amat maklum bahawa agenda DAP amat membimbangkan terutama yang berkaitan  dengan kesinambungan orang Melayu dan agama Islam.

PRU14 adalah Raja bagi segala pilihanraya. UMNO mewakili parti dan pemimpin yang mendapat sokongan rakyat. Kita boleh lihat ke mana sahaja Datuk Seri Najib pergi, respons dari rakyat amat baik.

Tambahan pula Parti UMNO sentiasa mengabdikan diri kepada rakyat. Demi memastikan UMNO dan Barisan Nasional menang dalam PRU14 maka penting ada jentera pilihanraya yang mantap memandangkan kita telah ada pemimpin yang hebat. Kedua-dua faktor ini menentukan kemenangan Barisan Nasional dalam PRU14.

Kini Wanita UMNO telah mengistiharkan Perang Jihad iaitu perang yang mesti menang, insyaallah.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*