Suami Cemburu Tetak Punggung, Leher Isteri Sehingga Mati

Share This:

 

Akibat sifat cemburu yang keterlaluan,seorang suami tergamak membunuh isteri sendiri dan sanggup bertindak kejam apabila menghalang isterinya keluar rumah.

 

Kejadian mengerikan itu berlaku apabila suspek yang dikenali sebagai Reka Suanta, 33, terbabit dalam pertengkaran dengan isterinya yang didakwa berlaku curang dengan lelaki lain.

 

Ketua Polis Daerah Musi Rawas, Asisten Komisioner Bayo Dewantoro berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Zubaidah, 29, maut selepas ditikam beberapa kali sebelum ditetak dengan menggunakan parang sebanyak tiga kali di bahagian kepala.

 

“Suspek menggunakan parang berukuran kira-kira 15 sentimeter setelah kedua-dua mereka bertelingkah dan berlaku pergelutan.

 

“Ketika polis tiba, mayat mangsa terlentang di ruang tamu dan suspek yang dilihat menangis turut berada di lokasi telah ditahan serta merta.

 

“Polis turut merampas parang yang digunakan suspek,” katanya.

 

Menurut Bayo, kejadian difahamkan berpunca akibat tindakan suspek yang cuba menghalang isterinya daripada ingin keluar rumah, namun mangsa tetap berkeras dengan niatnya.

 

Tidak tahan dengan sikap isterinya yang menyemburkan kata-kata kesat, suspek kemudian bertindak mengunci pintu dan terus ke dapur bagi mengambil sebilah parang.

 

“Suspek terus menetak dan menghayunkan parangnya ke arah pinggul mangsa beberapa kali sebelum mengelar leher wanita itu.

 

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak paramedik yang tiba di lokasi kejadian,” katanya lagi.

 

Bagaimanapun, hasil soal siasat juga mendedahkan, suspek mengaku mencurigai gerak geri isterinya dan mendakwa dia risau ditinggalkan oleh isterinya itu.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*