Sayap UMNO Sudah Ketepikan Perbezaan, Fokus Menang #PRU14

Share This:

Pada Perhimpunan Agung tiga sayap dalam UMNO hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tiada kedengaran lagi dalam ucapan para perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang menyindir kerajaan secara sinis dalam pelbagai isu tidak seperti perhimpunan agung yang lepas.

Ketiadaan ucapan sebegitu rupa adalah petanda bahawa semua sayap dalam UMNO sudah melupakan perbezaan dalaman sesama sendiri dan kini mereka semua fokus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 seterusnya menang besar dengan majoriti dua pertiga.

Pada perhimpunan lepas, kewujudan sindiran yang jahat sebegitu adalah kerana hasutan dari duri dalam daging dalam UMNO pada ketika itu yang kini sudah tiada dalam UMNO kerana sama ada sudah disingkirkan atau sudah umum keluar dari parti.

Mereka ialah bekas Naib Presiden iaitu Mohd Shafie Apdal, dan bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin serta dalang besarnya iaitu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Mahathir sudah keluar dari parti manakala Muhyiddin dan Mohd Shafie disingkirkan oleh parti.

Persidangan berjalan lancar tanpa ada kenyataan berbaur sinis oleh semua perwakilan semua sayap ketika perbahasan.

Selain itu, ketiga-tiga sayap UMNO juga mengumumkan bahawa hari ini mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini masih Naib Presiden tapi menjalankan tugas Timbalan Presiden.

Mereka sebulat suara enggan jawatan itu dipertandingkan pada pemilihan nanti.

Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ketika mencadangkan perkara itu berkata, demi perpaduan dan muafakat serta kestabilan parti, jawatan itu tidak perlu ditandingi dan menyokong kenyataan Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini mengenai perkara tersebut.

Sementara itu cadangan sama disuarakan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam ucapan dasar merasmikan perhimpunan sayap masing-masing di PWTC, hari ini.

Boleh disimpulkan bahawa ini adalah perhimpunan agung yang bebas ancaman dalaman dari dalam UMNO selepas ketiga-tiga individu itu sudah tidak ada di dalam parti.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*