Remaja Sorok Bayi Dalam Laci

Share This:

 

Perlakuan remaja masa kini semakin membimbangkan apabila seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas teman wanitanya yang bawah umur melahirkan seorang bayi lelaki dan menyembunyikannya di dalam laci.

 

Menurut Timbalan Ketua Polis Sibu, Supritendan Martin Koo berkata, remaja lelaki tersebut ditahan selepas remaja perempuan berusia 12 tahun itu mendakwa dia adalah teman lelakinya.

 

“Gadis itu dikatakan melahirkan bayi sendirian di rumah keluarga angkatnya di Kampung Bahagian Jaya pada pukul 6 petang.

 

“Bimbang sekiranya orang luar mengetahui mengenai perkara itu, dia menyembunyikan bayinya dalam laci di kabinet bilik stor,” katanya.

 

Kira-kira pukul 4 petang, Selasa, kakak angkat remaja perempuan itu yang berusia 16 tahun dikejutkan dengan tangisan bayi di dalam rumah.

 

Kakak angkat suspek menjumpai seorang bayi yang dibalut dengan tuala di dalam laci.

 

Pemilik rumah itu kemudiannya menghubungi pihak polis bagi memaklumkan tentang kejadian tersebut.

 

Justeru,polis menyiasat kes tersebut dan remaja lelaki terbabit ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*