PM Najib Lancar Pameran Karikatur

Share This:

Sebanyak 100 karikatur yang memaparkan kesengsaraan dan penderitaan etnik Rohingya serta usaha yang dilakukan Malaysia bagi membantu masyarakat itu dipamerkan selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sehingga Sabtu ini.

Pameran ‘Survival Muslim Rohingya’ anjuran Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri bersama Rumah Kartun dan Komik Malaysia itu turut memaparkan karya berkaitan keprihatinan dan peranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperjuangkan krisis yang dihadapi masyarakat itu.

Pameran bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 itu dilancarkan Najib, yang juga Presiden UMNO hari ini, dengan beliau turut meluangkan masa mengamati beberapa karya yang dipamerkan di situ.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia Tan Sri Dr Abdullah Md Zin berkata pameran itu bertujuan menyatakan pendirian Malaysia dan rakyat di negara ini untuk bersama dengan etnik Rohingya dalam perjuangan untuk mendapatkan hak-hak mereka.

Katanya, menerusi karikatur itu diharapkan orang ramai dapat menghargai nikmat keamanan yang wujud di negara ini hasil amalan pendekatan wasatiyyah ataupun kesederhanaan yang menjadi pemangkin kepada kehidupan yang harmoni.

– Bernama

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*