#PAU2017 : PAU Pertama Dihiasi Dengan Teknologi

Share This:

Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang dianggap sebagai perhimpunan kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum diadakan pada tahun hadapan menyaksikan buat pertama kalinya, segala urusan dan perjalanan perhimpunan ini dijalankan secara digital dengan meminimakan penggunaan kertas.

Ini dibuktikan dengan segala perjalanan program dan perhimpunan ini diletakkan di dalam applikasi khas PAU 2017 di mana para perwakilan dan media boleh mengakses buku dan perjalanan perhimpunan ini secara online.

Di samping itu juga, boleh dikatakan disetiap penjuru di tingkat 2 PWTC ini diletakkan beberapa skrin besar yang memaparkan para perwakilan berbahas. Kemudahan ini membolehkan para perwakilan dan hadirin yang hadir menyaksikan sendiri perwakilan berbahas dan membentangkan cadangan-cadangan baru secara langsung.

Seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh sebelum ini yang menyatakan, Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan meminimakan penggunaan kertas. Beliau memberitahu, semua perjalanan perhimpunan ini boleh diakses secara online oleh para perhakilan dan hadirin yang hadir.

Mudah untuk difahami bahawa UMNO kini sudah mula melangkah ke alam digital dengan memperkenalkan pelbagai kemudahan secara online. Langkah ini dilihat perlu memandangkan negara kini sedang bergerak menuju sistem digital dan Perhimpunan Agung kali ke 71 ini menjadi pentas untuk memperkenalkan pelbagai perkara menerusi online.

Sekalung tahniah diucapkan kepada seketeriat UMNO yang bertungkus lumus memastikan segala kemudahan digital yang disediakan berada dalam keadaan yang amat baik. Tidak lupa juga usaha keras yang dilakukan oleh para petugas yang memastikan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO kali ini berlangsung dengan penuh jayanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*