Cabar Kesucian Islam, Sultan Terengganu Titah MAIDAM, JHEAT Perlu Ambil Tindakan

Share This:

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dikatakan menitahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) agar mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang mencabar kesucian dan mempertikaikan kedudukan Islam di dalam perlembagaan negara ini.

Menurut baginda sultan seperti yang dilaporkan sebuah portal, tindakan pihak-pihak tersebut boleh menggugat keharmonian masyarakat dan menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat Islam.

“Perkara sedemikian boleh menimbulkan kecelaruan dalam kalangan umat Islam selain menjejaskan keharmonian masyarakat yang menganut pelbagai agama di negara ini.”

Menurut Sultan Mizan Zainal Abidin, baginda juga menyeru dan menggesa MAIDAM serta JHEAT mengambil tindakan dalam menangani perkara seperti ini kerana jika dibiarkan akan menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang agama di negara ini.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*