Sultan Selangor Tunggu Tiga Minggu Sebelum Bertitah Penghinaan Bugis Mahathir

Share This:

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya mengeluarkan titah selepas kira-kira tiga minggu Pengerusi PPBM Mahathir Mohamad membuat kenyataan menghina asal keturunan Bugis dalam ceramah dalam satu perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang pada bulan lepas.

Memetik laporan portal The Star, baginda bertitah bahawa baginda ketika itu sedang dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah ketika mengetahui kejadian itu.

“Beta sedang dalam perjalanan menunaikan umrah ketika mengetahui perkara itu.

“Beta tidak mahu bertindak membuta tuli, beta tunggu apabila beta kembali dan mendengar sendiri daripada orang yang berada di sana pada masa itu untuk mengetahui perkara sebenar,” titah baginda.

Sebelum ini pada perhimpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi, Mahathir berkata bahawa orang Bugis itu adalah keturunan lanun yang menyinggung orang ramai khususnya dari kalangan orang Bugis. Baginda juga ada membuat kenyataan bahawa baginda juga terasa hati dengan perkara itu.

Pada 2 November 2017, Sultan Sharafuddin bertitah, baginda memandang serius, murka dan amat kecewa dengn kenyataan Mahathir yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong kepada bangsa Bugis.

“Berdasarkan klip video ucapan berkenaan yang tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Tun Dr Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

“Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan huru-hara.

“Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari Bugis,” titah Tuanku.

Mahathir bukan hanya bersikap biadab dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) tetapi juga pada Raja-Raja Melayu sehingga sanggup menghina keturunan Bugis yang mana ramai Raja Melayu berasal dari keturunan itu. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar juga adalah keturunan Bugis. Baginda juga murka dengan Mahathir.

Sifat tutup mulut Mahathir begitu tidak biadab kerana sehingga hari ini tidak mahu memohon maaf kepada baginda ataupun kepada rakyat keturunan Bugis yang lain.

Mahathir hanya buat kenyataan itu untuk menyakitkan hati orang ramai sahaja.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*