Siti Kasim Berjaya Ke Majlis Peguam Kali Kedua

Share This:

 

 

Keputusan pilihan raya tersebut telah diwar-warkan oleh laman sesawang BAR Malaysia petang semalam apabila aktivis peguam kontroversi Siti Kasim dikatakan berjaya terpilih ke Majlis Peguam dengan mendapat hanya 1,450 undi jatuh ke tangga ke-12, kedua terakhir berbanding 1,390 undi yang diperolehi oleh Jayabalan A/L Raman Kutty yang menduduki tangga ke-13 dan seterusnya gagal mendapat tempat dalam Majlis Peguam.

 

Menurut sumber,ini adalah kali kedua Siti Kasim mendapat tempat dalam Majlis Peguam dengan menduduki tangga ke-8 dengan undi yang jauh lebih besar sebanyak 1,893 undi pada tahun lepas.

 

Siti Kasim sebelum ini membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada orang yang tidak dikenali.

 

Beberapa orang tokoh dan netizen juga sebelum ini mempersoal kekebalan Siti Kasim yang masih bebas walaupun pelbagai laporan dibuat ke atas beliau.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*