Sheila Majid Meroyan, Gaya Hidup Mewah, Populariti Merudum

Share This:

KINI trend artis yang merudum dalam populariti meroyan. Adakah mereka dahagakan publisiti murahan? Atau adakah mereka mengalami masalah untuk mengekalkan gaya hidup mewah mereka.

Penyanyi veteran Datuk Sheila Majid yang kian pudar populariti dilihat mula menagih perhatian. Menerusi Twitter hari ini, Sheila mengeluh tentang keadaan ekonomi negara yang dirasakannya buruk.

“Makanan mahal, nilai ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan pula kurang.

“Rakyat Malaysia sudah bosan dan marah kerana diperah akibat hutang yang bukan berpunca daripada kami,” katanya tanpa merujuk mana-mana pihak.

Mungkin Sheila bercakap mengenai diri beliau sendiri memandangkan kehidupan rata-rata rakyat mengalami perubahan yang jauh lebih baik daripada sebelum ini.

Jumlah rakyat Malaysia yang mampu bercuti ke luar negara juga meningkat dengan mendadak. Malah keadaan lebuh raya di seluruh negara sesak setiap kali menjelang musim cuti.

Sheila menulis luahan tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, dan setakat ini sudah mendapat 3,429 retweet.

Untuk makluman, sekarang kadar pengangguran negara Eropah lebih teruk dari Malaysia. Menurut statistik setakat Mei 2017 itu, Greece mempunyai kadar pengangguran tertinggi dengan 22.5 peratus diikuti Sepanyol 17.7 peratus, manakala German dan Republik Czech memiliki kadar terendah pada 3.9 dan 3 peratus.

Kadar pengangguran Malaysia pada 2016 adalah 3.45 peratus. Negara kita berada di landasan yang betul.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*