#PRU14 : Calon Mesra BN Bakal Diketengahkan?

Share This:

Barisan Nasional (BN) mungkin pertandingkan beberapa nama pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat dari peblbagai latar belakang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti sebagai calon langsung BN atau dikenali sebagai calon langsung BN.

Ada juga nama beberapa anggota parti dari UMNO dan parti komponen BN yang mempunyai potensi untuk bertanding mewakili BN disebut-sebut para netizen politik untuk memberikan cabaran kepada calon pakatan pembangkang.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwandin Hamzah dilihat sebagai individu yang boleh diketengahkan sebagai calon pada PRU14 nanti.

Beliau begitu proaktif membidas pembangkang yang kerap mengkritik dan memfitnah BN, UMNO serta orang Melayu dengan membuat kenyataan membidas pembangkang. Paling lantang beliau mempertahankan bangsa Melayu daripada serangan jahat parti PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Calon lain yang berpotensi ialah Datuk Lokman Noor Adam yang pernah menjadi Exco Pemuda UMNO yang telah menceburkan diri dalam politik seawal usia 15 tahun dan pernah menjadi Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Daripada kaum India, ketika ini calon yang dilihat berpotensi ialah Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao yang kini bersama MIC.

Beliau begitu lantang serta konsisten dalam mempertahankan BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari serangan pembangkang terutamanya DAP dan parti lain dalam Pakatan Harapan.

Ramesh juga sering turun padang dan menghulurkan bantuan kepada orang India dan dari bangsa lain yang memerlukan atas nama negara tidak mengharapkan apa-apa balasan dalam bantuan yang diberi.

Dari bangsa Cina, individu yang boleh diberikan peluang bertanding kerana begitu banyak terlibat dalam membantu rakyat ialah Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong yang sudah begitu dikenali rakyat berbangsa Cina terutamanya dari ahli MCA.

Sementara itu, Ramesh dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Najib yang juga Pengerusi BN yang diberikan mandat penuh untuk memilih calon yang akan dipertandingkan nanti, kerana beliau lebih faham akan kehendak rakyat.

“Saya tidak mahu mengulas banyak perkara ini, saya tidak mengharapkan jawatan kerana saya akan terus konsisten bantu rakyat, pertahankan BN serta Najib.

“Jika khidmat saya diperlukan oleh beliau, saya bersedia, bagaimanapun, saya menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada Najib,” kata Ramesh.

Sebelum ini pada PRU ke-14, bekas Ahli Parlimen PKR-Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pernah bertanding atas tiket calon rakan BN di Shah Alam menentang Khalid Samad ketika itu daripada PAS.

Pada 24 September lepas, Najib berkata kepada parti komponen BN bahawa mereka perlu meletak calon mampu menang dan diterima rakyat sebagai syarat pada PRU14 nanti.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*