Perhimpunan Umno Bantu Kukuhkan Lagi Ringgit

Share This:

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) Ke-71 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 5 hingga 9 Disember ini telah menyebabkan ringgit mengukuh berbanding dollar Amerika Syarikat (AS).

Semalam ringgit ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan. Pada 6 petang, unit tempatan ditutup 275 mata asas meningkat kepada 4.0600/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0875/0915 pada Khamis lalu.

Hari ini ringgit telah mencecah 4.049. Ianya dikatakan didorong oleh sentimen Perhimpunan Agung UMNO (PAU)yang merupakan parti terbesar di negara kita.

PAU ke 71 akan menumpukan kepada memupuk semangat ahli ke arah memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Semangat kemenangan akan ditanam dalam setiap perwakilan dan ahli parti.

Ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak akan menjurus ke arah memenangi PRU-14. Para pembahas juga akan melakukan perkara yang sama.

Seramai 5,739 perwakilan dijangka menghadiri perhimpunan lima hari itu. Ia membabitkan 2,761 perwakilan menghadiri PAU; 994 ke Perhimpunan Agung Wanita dan masing-masing 992 di Perhimpunan Agung Pemuda dan Puteri.

Perhimpunan bermula pada 5 Disember dengan Taklimat Presiden secara tertutup di Dewan Merdeka. Ini diikuti Perasmian Perhimpunan sayap parti mencakupi Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sebelah malam.

Pada 7 Disember diadakan acara menaikkan bendera parti, Sang Saka Bangsa di Plaza Merdeka PWTC sebagai simbolik bermulanya perhimpunan.

Kaedah pengenalan identiti frekuensi radio (RFID) akan digunakan dalam perhimpunan kali ini. Kaedah mengurangkan penggunaan kertas sebanyak 70 peratus seperti disarankan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) juga akan dilaksanakan.

 

 

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*