#PAU2017 : UMNO Makin Kuat Bila Mahathir Serang

Share This:

“TOP Dog” Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang diselubungi keangkuhan dan sifat bongkak melampau telah melakukan serangan yang mirip pemberontakan tersusun terhadap UMNO dengan menyerang Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau dikatakan mempunyai “inferiority complex” dan kebencian yang melampau dalam dirinya. Suami Siti Hasmah itu seolah-olah dipenuhi rasa marah mendalam dan kemarahannya akan membakar seluruh negara titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Walaupun Mahathir cuba memusnahkan negara dengan amarah yang berlandaskan kepentingan peribadi namun usaha beliau tersebut telah menemui jalan buntu.

Serangan demi serangan tersebut secara langsung dan tidak langsung telah memperkuatkan lagi UMNO. Kedudukan Datuk Seri Najib juga jauh lebih kukuh berbanding ketika beliau mula-mula mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Namun begitu rangkaian kerjasama di antara Pemuda dan Puteri Umno perlu diperkukuh lagi dalam usaha memikat golongan muda dan seterusnya membantu parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Sikap bekerjasama itu juga penting bagi memperkukuh perpaduan demi kelangsungan parti pada masa akan datang.

Perhimpunan Agung Umno 2017 akan bermula hari ini sehingga 9 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dengan 5,739 perwakilan dijangka menghadiri perhimpunan itu.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*