#PAU2017 : Perhimpunan Tempat Orang Melayu Eratkan Ukhwah

Share This:

Hari ini, Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) membuka tirai dengan pelbagai program menghiasi aturcara namun acara berprestij itu adalah medan untuk orang Melayu bertemu mesra mengeratkan ukhwah sesama mereka sepanjang perhimpunan berlangsung.

Acara yang diadakan setahun sekali di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu sentiasa dipenuhi bukan sahaja para perwakilan tetapi juga para pengunjung yang mahu merasai kemeriahan perhimpunan berkenaan yang sentiasa meriah.

UMNO yang merupakan parti terbesar orang Melayu menjadikan perhimpunan sebagai tempat bangsa Melayu berhimpun beramai-ramai dan merapatkan ukhwah saf perpaduan untuk berdepan cabaran politik masa depan khususnya pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14

Para pengunjung dan para perwakilan ketika perhimpunan itu berlangsung berpeluang untuk bertemu pemimpin mereka dan bersalaman serta bertanya khabar kerana tidak berpeluang berbuat demikian di dalam majlis rasmi yang dihadiri oleh pemimpin mereka.

Ada pengunjung yang terdiri dari rakyat sempat bertanya khabar dan meluahkan masalah kepada pemimpin UMNO untuk didengari supaya jalan penyelesaian dapat dicari.

Para pemimpin UMNO juga ketika perhimpunan ada yang membelanja para perwakilan yang hadir ke PAU2017 makan serta membelikan cenderahati berupa pakaian serta barangan yang dijual sepanjang perhimpunan berlangsung di PWTC itu.

Hari ini, para perwakilan bakal mendengar taklimat dengan maklumat penting ketika majlis Taklimat Presiden UMNO yang akan disampaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka.

Acara itu yang diadakan tertutup kepada media itu adalah acara yang paling diberikan perhatian kerana Najib sendiri memberikan pesanan penting menjelang pilihan raya yang dijangkakan akan diadakan tidak lama lagi.

PAU2017 juga adalah medan para pemimpin dan perwakilan merapatkan kembali ukhwah dalaman parti yang mungkin menjadi renggang akibat konflik dalaman parti yang biasa berlaku dalam kancah politik tanah air.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*