Mahathir, Kit Siang Dan Azmin Pengamal Kronisme dan Perompak Wang Rakyat

Share This:

Terlalu banyak  agenda tersembunyi telah dibongkar oleh rakyat behubung dengan penyelewengan dan skandal yang satu persatu terbongkar yang melibatkan kroni Azmin Ali.

Azmin kini sedang cuba merlarikan diri dari tanggungjawab dan tidak mahu menjawab apa juga dan mengambil pendirian mendiamkan diri dan mengelak dari skandal haram anak saudaranya yang kaya raya melalui proksinya

Semuanya kini telah dilihat sebagai tindakan yang kelam kabut dan haru biru dimana setiap pemimpin Pakatan Harapan  masing masing cuba menunjukkan kuasa dan tindakan tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

Sikap ini telah menjadikan Pakatan Harapan seperti sebuah kapal yang mempunyai banyak nakhoda yang cuba mengendalikan haluan . Sedangkan arah yang mahu ditujui tersebut adalah sama, Cuma jalan nya yang banyak berbeza.

Semua jalan-jalan yang sama itu adalah untuk merompak seberapa banyak harta kerajaan negeri dan wang rakyat dan diagihkan sesama mereka. Persoalan rakyat bukan matlamat bila mereka berkuasa.  Pastinya rakyat akan terus ditindas dengan cara halus dan diulami dengan janji serta sumbangan yang dilakukan empat tahun sekali.

Jika demikian caranya natijah yang bakal melanda rakyat nanti bukan sekadar memudaratkan malah ianya menjadi malapetaka terhadap rakyat dan Negara. Rakyat harus memikirkan sebaiknya apabila membuat pilihan nanti.

Pilihlah sebuah gabungan yang kuat dan mantap serta mampu menguruskan setiap  permasalahan rakyat dimana mempunyai sistem tadbir urus yang baik dan menjalankan keadilan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan warna kulit.

Perkara ini sememangnya  berlaku didalam Pakatan Harapan terutama DAP yang kita amat faham mengamalkan dasar perkauman serta politik kebencian yang melampau. DAP sanggup  mengorbankan orang lain asalkan Guan Eng dapat diberikan “nyawa’ walaupun dilihat telah melakukan rasuah.

Lim Kit Siang pula sudah seperti “cina hilang batu kati” dimana sekarang ini setiap perkataan yang dikeluarkan menunjukkan betapa terdesaknya dia untuk menyelamatkan politik anaknya Guan Eng sehingga sanggup bertukar tempat bertanding.

Sejak dahulu lagi Lim Kit Siang serta pemimpin Pakatan Harapan yang lain begitu lantang dalam merujuk sumber yang dikeluarkan oleh DoJ  dan memohon agar  Perdana Menteri ditangkap dan disiasat oleh Badan Kehakiman Amerika.

Satu tamparan padu hinggap ke muka pemimpin  Pakatan Harapan apabila anak beranak dan kroni mereka  sendiri telah ditahan oleh SPRM atas kesalahan dan pertuduhan menyeleweng dan rakyat yang mana selama ini mereka cukup bijak menuding jari  terhadap UMNO..

Selama ini mereka terus menaikkan isu 1MDB sebagai benteng untuk menutup penipuan mereka di mata rakyat. Sejak 20 Julai 2016, sampailah sekarang ianya hanya sekadar tuduhan sahaja. Tiada bukti yang dibawa, tiada sesiapa pun yang dipanggil untuk disiasat dan tidak ada pendakwaan pun di mahkamah.

Hanya pembangkang di Malaysia yang mengambil peluang dan memetik sumber dari DoJ untuk menjadikannya sebagai isu. Sebenarnya tiada asas pun untuk dijadikan isu. Ianya bukan isu, hanya persepsi yang dicipta dan direka DoJ semata mata.

Sekian lamanya DAP dan PKR merompak wang rakyat tetapi akhirnya beberapa nak muda termasuk anak sudara Azmin sendiri telah melakukan kerja haram dan mendapat kekayaan hasil daripada  pemusnahan alam sekitar.

Sekarang Lim Kit Siang seakan seorang yang sudah gila talak apabila mula menyerang rakyat dan mengugut akan menyaman jika membangkitkan isu skandal-skandal yang dibangkitkan rakyat terhadap keborokan parti DAP.

Sebelum ini Lim Kit Siang bersungguh-sungguh agar Perdana menteri disiasat di Amerika, jadi sepatutnya  beliau bergembira serta memasang mercun keseronokan apabila Perdana Menteri telah datang sendiri ke Amerika dan mudah la untuk ditangkap.

Tetapi berlaku sebaliknya apabila Guan Eng pula yang ditahan oleh SPRM berhubung dengan amalan rasuah. Sepatutnya Kit Siang , Azmin menyarankan agar Guan Eng  meletakkan jawatan  sebagaimana lantangnya mereka menyuruh pesalah lain dari UMNO meletakkan jawatan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh banyak pemimpin Pakatan Harapan ketika ini seperti orang hilang akal. Ini  termasuklah bagaimana  Mahathir menyarankan PAS  agar jangan jadi pengacau semasa pilihan raya akan datang dengan bertanding di kawasan yang sama.

Seakan tidak sedar diri, Mahathir jua seakan lupa bahawa PPBM hanya sebuah parti baru dan PAS telah lama didalam politik tanah air dan mempunyai kerusi yang banyak untuk dipertahankan. Seperti kaduk naik junjung, Mahathir lupa diri.

Jika dahulu Mahathir seorang yang mengamalkan demokrasi dalam politik tetapi sejak bersama Pakatan Harapan segalanya berubah, tiada lagi ketuanan Melayu yang mahu dilindungi, tiada lagi agenda Melayu dan tiada lagi kebebasan untuk parti politik bertanding.

Jika rakyat lihat scara kasar dan rambang, jelas sekali semua pemimpin Pakatan Harapan sekarang sedang menghadapi masalah minda yang amat teruk. Pergolakan dalaman, percanggahan pendapat senhingga perpecahan dan saman menyaman dikalangan mereka.

Sekali gus menunjukkan bahawa Pakatan Harapan bukan sebuah “pakatan yang boleh memberikan Harapan” tetapi sebuah pakatan yang menghancurkan apa yang telah dibina  demi kepentingan diri dan agenda tersembunyi yang akan membunuh politik rakan sendiri.

Perkara yang terpenting ialah hasrat diri serta kroni akan tercapai,  Tanggungjawab terhadap rakyat adalah perkara terkebelakang sekali. Ini lah minda Pakatan yang tiada harapan yang berangan angan untuk memerintah yang bakal mengundang malapetaka.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*