Kami Tidak Mahu Komen Dahulu Buat Sementara Waktu – Zahida

Share This:

Suasana ceria dan meriah sempena Perhimpunan Agung UMNO kali ke 71 yang bermula hari ini cuba dicemari oleh seorang bekas Exco Puteri UMNO, Wan Asshima Kamaruddin. Semuanya gara-gara komennya yang mendakwa, setipa kali Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, maka banyaklah kejadian maksiat berlaku dan menggesa pihak bertanggungjawab, membenteras kegiatan tidak sihat ini.

Komen dia telah di terbitkan di portal Malaysia Kini dan akhbar pro PAS, Harakah yang mana, rata-rata ahli UMNO termasuk bekas ahli UMNO sendiri, Datuk Hamidah Osman menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli baru PAS ini. Dalam komen Datuk Hamidah, beliau berkata, sepanjang beliau berada di dalam UMNO, perkara berkenaan tidak pernah beliau dengar dan beliau kesal dengan dakwaan karut ini.

Ketika diminta mengulas tentang perkara ini, Naib Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan memberitahu, pihaknya enggan mengeluarkan sebarang komen buat ketika ini kerana seluruh jentera Puteri sedang sibuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO. Malah, beliau memberitahu, kepimpinan Puteri juga sedang fokus kepada perhimpunan kali ini.

Ujar beliau, Pergerakan Puteri UMNO enggan memberikan publisiti murahan kepada Wan Asshima kerana bagi beliau, mungkin ini yang dia cari dalam perjuangannya. Tambahan pula, sebagai ahli baru PAS, sudah semestinya dia cuba mencari tapak dan nama supaya mampu melonjakkan popularitinya di dalam parti berkenaan.

Ketika diajukan soalan samada Pergerakan Puteri UMNO akan mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Asshima ini, beliau berkata, besar kemungkinan, laporan polis akan di buat selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Ini kerana, beliau menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Wan Asshima ini cukup melampau dan cuba memburukkan imej Puteri dan UMNO itu sendiri.

Namun begitu, beliau juga memberitahu, pihaknya meminta semua pihak fokus kepada Perhimpunan Agung UMNO ini terlebih dahulu dan tidak perlu mengsensasikan cerita yang karut dan tidak masuk akal sebegini. Bagi beliau dan seluruh jentera Pergerakan Puteri UMNO, mereka cukup fokus kepada hala tuju UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*