Ibu Mengaku Salah, Dera Anak Hingga Meninggal Dunia

Share This:

 

Tergamak seorang ibu apabila didakwa mendera bayi sendiri sehingga meninggal dunia akibat mati otak setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

 

Di fahamkan ,pada ada 26 November lepas, bayi lelaki berkenaan  dipercayai koma akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

 

Tertuduh, Nisa, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

 

Mengikut pertuduhan, Nisa telah mengabaikan anak lelakinya yang berusia satu tahun tiga bulan dengan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu di rumahnya di 106, Paya Lahar Kepah, Kepala Batas, Pulau Pinang kira- kira jam 4.30 petang pada 22 November lepas.

 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Roslina Idris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Bagaimanapun,tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh dan hakim menetapkan 5 Januari depan untuk serahan dokumen dan laporan perubatan serta bedah siasat mangsa.

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*