Gereja Ambil Tanah Sekolah Mubaligh,Tapi Mahu Sekolah Kekal Nama

Share This:

 

Segelintir kariah gereja seolah-olah cuba ‘membuli’ kerajaan untuk mengekalkan nama SMK St Thomas pada sekolah baharu tersebut apabila sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Thomas, Kuantan dikatakan akan ditutup apabila kerajaan terpaksa mengembalikan tapak sekolah tersebut kepada pihak gereja St Thomas yang memiliki hak ke atas tanah terletaknya SMK St Thomas.

 

Kerajaan dikatakan bakal membangunkan sebuah sekolah baharu untuk menempatkan bekas pelajar-pelajar yang kini tidak mempunyai sekolah di atas tapak baharu dengan sekolah baru yakni Sekolah Mahkota Abdullah.

 

Menurut laporan sebuah portal,Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ P.Kamalanathan berkata bahawa nama sekolah SMK St Thomas berada di bawah kuasa dan tanggungjawab pihak gereja sama ada mahu dikekalkan atau tidak.

 

“Tanah itu bukan milik pihak kementerian.

 

Pihak gereja yang memiliki tanah tersebut. Pada hari tanah tempat sekolah SMK St Thomas dikembalikan kepada pihak gereja, berakhirlah riwayat sekolah tersebut.”

 

Buat masa ini, Rebecca D’Cruz, seorang anak kepada bekas pengetua sekolah SMK St Thomas telah melancarkan petisyen atas talian dengan seruan alarmis, “Berhenti tukar nama sekolah mubaligh di Malaysia”, dalam usaha menghalang kerajaan menukar nama sekolah itu kepada Sekolah Mahkota Abdullah sebaik sahaja ia dipindahkan ke tapak baharu dengan lebih 20 ribu tandatangan sokongan telah diterima.

 

Manakala bagi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK St Thomas Rozaini Mohd Nor, keputusan untuk membina sebuah bangunan baru untuk sekolah menjadi perkara lebih utama untuk difikirkan berbanding permasalahan lain.

 

“Apa yang penting sekarang ini adalah lokasi dan peruntukan pembinaan bangunan sudah selesai.

 

Keluh kesah dan kekangan dihadapi pelajar dan guru St Thomas yang selama ini terpaksa bertahan selama tiga tahun hampir berakhir,” katanya.

 

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Fungsi Khas Negeri Datuk Norol Azali Sulaiman pula berkata, nama St Thomas telah dianggap tidak sesuai lagi oleh Jabatan Pendidikan Pahang kerana sebelum ini ia adalah sekolah mubaligh dan setelah sekolah-sekolah ini dipisahkan daripada gereja, nama baru nanti akan lebih sesuai.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*