Strategi DAP Mahu Penjarakan Mahathir Dengan FOREX?

Share This:

Impian DAP dan Lim Kit Siang untuk membuka jalan dalam siri permohonan Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja   bagi menyiasat kehilangan wang Negara yang begitu besar sekali dalam skandal Forex hampir tercapai.

Sebanyak dua  kali perbentangan  permohonan Lim Kit Siang didalam  Dewan Rakyat agar satu siasatan dilakukan berhubung dengan perkara tersebut.

Ia berikutan hampir 24 tahun dahulu, Kit Siang paling lantang menggesa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat skandal kerugian dagangan mata wang asing oleh Bank Negara yang menyebabkan kerugian lebih RM30 bilion tersebut.

Kit Siang malah menulis buku bertajuk ‘Skandal Kerugian Bank Negara Berjumlah RM30 bilion Akibat Pertukaran Matawang Asing’ pada 1993 mempersoalkan kerajaan pimpinan Mahathir waktu itu memperjudikan wang rakyat.

Mahathir yang kini telah bersama sama Lim Kit Siang dalam satu landasan perjuangan dimana perjuangan mereka untuk menumbangkan Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional sedang giat dilakukan.

Pelbagai cubaan Mahathir dan Kit Siang dilakukan melalui ceramah ceramah  memburukkan kerajaan dan menyalahkan kerajaan dalam beberapa isu yang mana mereka sendiri tidak dapat membuktikannya dengan tepat.

Berita yang yang dikategorikan “Hear Say” ini digunakan dengan  penyebaran melalui portal “cari makan”  sebagai bukti dan menjadikannya sebagai alasan untuk Najib dipersalahkan walaupun isu yang berkaitan dengan salah laku pemimpin Pakaran Harapan.

Hari ini Lim Kit Siang cuba menafikan apa yang dikatakan dahulu. Lakonan ini hanya untuk  melindungi dirinya dan  lakonan yang akan menggunakan Mahathir sebagai “balaci” untuk memecahbelahkan kelompok terbesar Melayu agar menentang kerajaan.

Hari ini juga Kit Siang turut mendakwa penubuhan pasukan petugas khas oleh Kabinet bagi menyiasat skandal lebih dua dekad membabitkan Mahathir itu merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab sedangkan beliau yang paling lantang mendesak ia disiasat pada era 90an.

Sebagaimana kita ketahui,  DAP dan pemimpin PKR yang lain sanggup menggunakan sesiapa sahaja asalkan dapat memberikan faedah dan kepentingan mereka diutamakan. Penubuhan PPBM dan penolakan Mahathir  masuk bersama  barisan DAP sudah cukup memperlihatkan agenda halus DAP untuk menggunakan Mhaathir.

Kit Siang dan Anwar sanggup menggadai pendirian mereka berhubung skandal itu sejak berpuluh tahun lalu kerana Mahathir sedang memberi kepentingan politik buat mereka untuk menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO.

Seperti sudah berpakat dengan bekas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kit Siang membuat dakwaan sama kononnya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang perlu dipersalahkan kerana beliau bertanggungjawab ke atas Bank Negara pada waktu tersebut.

Harus diingatkan bahawa, setiap kelulusan  tersebut  sudah pastinya akan  bermula dari Menteri kewangan  pada ketika itu. Tindakan Noor Yaakop adalah berdasarkan kelulusan yang diberikan. Jadi siapakah yang seharusnya dipersalahkan?

Untuk rekod, merujuk kepada artikel yang telah diulas oleh Dr Kamarul , kita dapat membayangkan bahawa terdapatnaya kaitan kelulusan dan perbuatan perniagaan mata wang dilakukan tersebut berdasarkan dengan kelulusan pihak atasan dan kaedah serampang dua mata dilakukan  iaitu menyokong serta menghukum. Jadi mangsanya sekarang ialah Mahathir Mohamad.

Tindakan DAP ini satu ketika dahulu ialah disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap Mahathir dan  banyak kenyataan yang telah dikeluarkan agar Mahathir dipenjarakan jika mereka berkuasa , ini termasuk pemimpin kerajaan yang lain. Jadi agenda menubuhkan Suruhanjaya ini bukan sekadar Isu Forex tetapi ianya akan digunakan untuk menjatuhkan Mahathir serta memenjarakannya.

Justeru itu, Pihak Suruhanjaya Siasatan Di Raja berkaitan isu ini telah melakukan laporan Polis agar satu lagi siasatan dilakukan  terhadap Mahathir dibuat.

Setelah lama menunggu, akhirnya laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, bertajuk “Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990-an”, telah dibentangkan di Dewan Rakyat .

Laporan setebal 586 muka surat ini dikatakan mencadangkan supaya polis menjalankan siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah dan/atau penipuan yang mungkin dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selain bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kakitangan BNM, ahli lembaga pengarah BNM dan Jabatan Audit Negara (JAN), dalam menjalankan urusniaga spekulasi forex dan menyembunyikan kerugian forex daripada pengetahuan Kabinet dan Parlimen.

Laporan ini segera mengingatkan saya kepada satu catatan Senator DAP, Dr Ariffin Omar, yang berbunyi: “Adalah jelas tanpa apa-apa keraguan Mahathir langsung tidak berminat dengan kebajikan rakyat Malaysia. Mengenepikan projek-projek mega beliau yang memakan belanja berbilion-bilion, skandal-skandal kewangan dan ekonomi sewaktu pemerintahan beliau adalah sebetulnya bersifat jenayah. Siapa boleh lupa skandal BMF, Mamingco, lonjakan Timah besar dan tentunya penggunaan rizab-rizab asing negara sebagai bahan-bahan perjudian di dalam spekulasi mata wang. Di mana-mana negara lain di mana kedaulatan undang-undang adalah amat penting beliau sepatutnya berada dalam penjara. Hanya di Malaysia beliau boleh terlepas dengan perbuatan-perbuatan keji begini.”

(Catatan asal Dr Ariffin Omar adalah berbunyi: “It is clear beyond any doubt the Mahathir is not interested in the welfare of the Malaysian people at all. Leaving aside his grandiose projects which costs billions, the financial and economic scandals during his watch is truly criminal. Who can forget the BMF scandal, Mamingco, the great Tin caper and of course using the country’s foreign reserves as gambling chips in currency speculation. In any other country where the rule of law is paramount he should be in prison. Only in Malaysia can he get away with such dastardly deeds.”)

Mungkin sahaja Dr Ariffin Omar adalah di antara mereka yang bergembira dengan dapatan RCI forex yang meminta Tun Dr Mahathir disiasat secara rasmi ini kerana ia adalah selaras dengan penegasan beliau sebelum ini bahawa di mana-mana negara lain di mana kedaulatan undang-undang adalah amat penting Tun Dr Mahathir sepatutnya berada dalam penjara.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*