Ronaldo Naik Angin Lagi

Share This:

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo berang dengan keputusan kelab itu menjual Alvaro Morata ke Chelsea selepas mereka terikat seri tanpa jaringan dengan Athletic Bilbao, awal pagi Ahad lalu.

Real Madrid terlepas peluang untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu Barcelona susulan keputusan seri itu.

Malah Ronaldo hanya menjaringkan dua gol pada aksi La Liga musim ini.

Laman web Sepanyol, Don Balon mendakwa Ronaldo naik angin selepas perlawanan itu dan mempertikaikan keputusan Real menjual Morata.

Morata dijual kepada Chelsea meskipun menjaringkan 20 gol daripada 42 perlawanan musim lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu meledak 10 gol daripada 20 perlawanan untuk membantu Chelsea kekal dalam persaingan memburu takhta juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Don Balon mendakwa Ronaldo menyalahkan Zinedine Zidane kerana melepaskan Morata ke Stamford Bridge.

Sementara itu, Zidane menegaskan kemenangan pasti akan tiba meskipun anak buahnya hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan itu.

“Real Madrid kini ketinggalan lapan mata di belakang Barcelona kerana kami tidak menjaringkan gol secukupnya.

“Berbanding tahun lalu, keputusan berubah. Saya lihat perlawanan hari ini dan saya tak boleh katakan kami bermain dengan begitu berbeza berbanding tahun lalu.

“Tahun lalu ada perlawanan kami menang pada saat akhir dan tahun ini kami gagal ulanginya.

“Saya tidak bimbang tetapi kecewa dengan prestasi pemain. Tugas saya adalah memastikan kami kekal positif dan terus beraksi supaya gol akan hadir,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*