Penduduk Gempar Buaya Sesat Di Tali Air Sawah

Share This:

Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dilaporkan berjaya menangkap seekor buaya tembaga yang berkeliaran di sebatang tali air di Kamping Paya Pamam, Kemaman.

Astro Awani melaporkan buaya tembaga sepanjang kira-kira 2.5 meter dan berat hampir 50 kg itu dikatakan sesat dari Sungai Kemaman sebelum memasuki tali air di situ akibat air pasang sejak 29 November lalu.

Pihak Perhilitan menjalankan usaha mengesan buaya tembaga itu yang membabitkan lima kakitangan sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pada jam 4 petang, dengan bantuan kakitangan Zoo Kemaman.

Buaya tersebut kemudiannya dihantar ke Zoo Kemaman.

Sebelum ini penduduk meluahkan rasa bimbang untuk turun ke sawah selepas hidupan liar itu dilihat berada di kawasan tali air itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*