Pemuda 286 Kg Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Share This:

Seorang pemuda obes, Muhammad Faisal Md Ali, 29 dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas di Kampung Gelam dekat Mengabang Telipot kira-kira jam 5 pagi semalam.


Bernama melaporkan pemuda seberat 286 kilogram itu mengalami sesak nafas sebelum itu ketika ingin bangun menunaikan solat Subuh, seperti yang dikatakan oleh ibunya, Kasma Md Nor, 58. 

“Ketika itu saya melihat wajah Faisal berpeluh dan dia semacam sukar bernafas. Saya tepuk-tepuk pipinya dan meminta abangnya supaya segera memanggil dresar (pembantu perubatan) dari Klinik Kesihatan Batu Rakit untuk melihat keadaan anak saya.

“Tidak lama selepas dresar sampai dan memeriksa Faisal, anak saya disahkan sudah tiada,”katanya. 


Anak bongsu daripada lima beradik itu sebelum ini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kira-kira dua bulan akibat sesak nafas.

Foto: Carian internet

Dia juga dilaporkan baru sahaja pula ke rumah empat hari sebelum itu. 


Menurut ibunya, arwah pernah memintanya membuatkan makanan kegemarannya iaitu nasi kerabu.

“Tapi saya beritahu pada dia tak boleh, doktor tak bagi. Sepanjang di hospital memang Faisal hanya diberikan minum susu enam kali sehari oleh doktor.” ujarnya sebak.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*