Mungkinkah Anwar Akan Terkena Di Tangan Mahathir Untuk Kali Kedua?

Share This:

Kemelut siapa yang layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia dari Pakatan Harapan sekiranya pihak pembangkang berjaya membentuk kerajaan, sehingga kini masih menimbulkan pelbagai persoalan. DI satu pihak, mereka kekal dengan pendirian untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Namun begitu, di satu pihak lagi, mereka mahukan Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Tidak kurang juga mencadangkan Lim Kit Siang, Datin Seri Wan Azizah mahupun Datuk Seri Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri pertama dari pihak pembangkang. Menariknya, sehingga kini, masih belum ada satu nama khas dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Untuk rekod, inilah kali pertama pakatan pembangkang bercakaran sesama sendiri untuk mengangkat satu calon untuk dilantik kejawatan berkenaan. Sebelum ini, nama Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tidak dicabar dengan namanya kerap dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri dari pihak pembangkang.

Terbaru, terdapat satu usaha untuk mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri semula dengan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri. Di beritakan, pencalonan ini hanya tunggu kebenaran dari Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Harapan.

Seandainya berjaya dicalonkan dan diangkat sebagai Perdana Menteri, Mahathir akan memecahkan rekod Robert Mugabe, sahabat baik dia sendiri dnegan gelaran Ketua Negara tertua di dunia. Malah, dia juga mungkin akan mencatatkan sejarah negara sebagai bekas Perdana Menteri yang berjaya menguasai tampuk pemerintahan negara.

Apa yang menarik untuk diperkatakan adalah, adakah sekali lagi Anwar bakal dipermainkan oleh Mahathir? Sebelum ini, hasrat dan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri telah digagalkan oleh Mahathir berikutan pemecatan Anwar dari UMNO dan jawatannya pada ketika itu sebagai Perdana Menteri. Sejak itu, seperti menyimpan dendam, Anwar berulang kali cuba menjatuhkan kerajaan dengan apa jua jalan yang dia ada.

Malah, sejak tertubuhnya Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan terkini Pakatan Harapan, nama Anwar tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. Namun, senarionya kali ini sudah berubah. Sekali lagi, Mahathir yang bertanggungjawab memusnahkan impiannya kini menjadi batu penghalang untuk ANwar menggapai impiannya selama ini.

Seandainya berita mengenai pencalonan Mahathir itu benar, nampaknya sekali lagi Anwar terpaksa menggigit jari. Kedudukan dan jawatan yang paling diidamkannya kini berhadapan dengan cabaran yang mungkin Anwar sendiri tidak perha terfikir akan berlaku. Nampaknya, Anwar memang tidak dapat lari dari imej “kacang hantu” Mahathir.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*