Demi Kuasa, Mahathir Sangggup Samakan Martabat Setaraf Fathia Latiff

Share This:

Demi kuasa dan kedudukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad kini sanggup meletakkan dirinya yang merupakan seorang bekas doktor kini berada sebaris dengan artis murahan Bigo Live Fathia Latiff apabila mengkagumi artis itu yang begitu obses menentang kerajaan.

Asalkan Fathia mempertahankan dirinya yang juga Pengerusi PPBM, Mahathir akan memberikan pujian walaupun apa yang dibangkang oleh Fathia semuanya bodoh dan dilakukan tanpa berlandaskan fakta.

Semalam, di laman Twitternya, Mahathir menyatakan rasa kagum dengan keberanian Fathia, yang menentang kerajaan di laman media sosial itu.

“Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff. In Sha Allah kita akan bangkit bersama untuk mengembalikan maruah negara,” kata Mahathir.

Kalau dengan hanya tweet entah dari mana atau mungkin dari dalam bilik tidur dan kereta yang berhawa dingin begitu bagi Mahathir sudah satu keberanian, nampaknya Mahathir menghina secara sinis pejuang-pejuang negara yang bertungkus lumus menentang penjajah hingga ke dalam hutan demi kemerdekaan.

Fathia yang hanya main Twitter dan kata benda bukan-bukan sudah digelar berani oleh Mahathir.

Dengan dia yang mencetus kontroversi menari ala-ala separuh bogel, dia hanya menulis tweet yang berbaur kritikan tetapi sebenarnya ia hanyalah kritikan daripada seorang anak muda yang tidak ada apa-apa dan tidak ada ilmu serta tidak membaca latar belakang isu berkenaan.

Sebagai seorang doktor, Mahathir sebenarnya tahu yang beliau sedang kagum pada seorang perempuan yang tidak berguna tapi kerana Fathia merupakan orang yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN), Mahathir perlu mengiktiraf mereka.

Betapa murahnya nilai intelektual Mahathir, sehingga beliau sanggup merendahkan martabatnya itu ke tahap pemikiran seperti Fathia.

Tweet berkenaan mengukuhkan dakwaan bahawa PH ada menyediakan habuan untuk Fathia kerana melakukan kerja untuk pakatan memburukkan Najib dan kerajaan. Dia banyak menulis tweet merosakkan persepsi rakyat kepada kerajaan BN tanpa peduli perkara itu betul atau tidak.

Ini kerana, ratusan netizen yang mempertahankan Najib sudah membalas dengan maklumat serta fakta yang betul tapi dia tidak ambil tahu serta tidak maklum akan maklumat yang diberikan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*