DAP Jadikan Tangan Melayu “Mencincang” Bangsa Sendiri

Share This:

Betapa berani tangan yang mencincang begitu juga bahu yang akan memikul natijahnya nanti. Begitu juga dalam politik dimana  setiap ahli politik yang berketurunan Melayu mesti sanggup menghadapi kehancuran bangsa Melayu Islam dimana percaturan politik yang mereka lakukan  tersasar dari jalan yang sepatutnya.

Sejarah kerakusan kuasa pada kebiasaannya akan menyebabkan tragedi dan berakhirnya ketamadunan sebuah bangsa berdaulat. Bangsa yang dahulunya mempunyai kuasa akhirnya menjadi hamba di tanah air sendiri.

Semua lipatan sejarah mengajar kita betapa agenda membunuh bangsa itu bukan berlaku pada zaman sekarang sahaja, malah ianya telah berlaku ribuan tahun  sebelum ini. Apakah bangsa Melayu langsung tidak mengambil iktibar dari kecelakaan bangsa tersebut?

Jika kita kaji sejarah perpecahan bangsa yang berlaku diserata dunia semua agenda ini berhubung kait dengan penglibatan  yang mengejar tampuk kuasa dan kuasa monopoli dalam banyak perkara. Perpecahan yang tiada kunjung kesudahannya.

Bukan itu sahaja, perpecahan ini dilakukan sehingga ada Negara terpecah dua  dan pembahagian yang meninggalkan kesan luka yang amat dalam terhadap bangsa pribumi dalam Negara tersebut. Semua ini disebabkan fahaman  politik  dan pendekatan yang salah serta terpengaruh dengan agenda luar sehingga bangsa sendiri tergadai.

Bagi kita di Malaysia, berbicara  tentang perpaduan umat dan orang Melayu nampaknya masih menjadi retorik di kalangan pemimpin parti-parti politik. Walhal, orang Melayu kini berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa yang memerlukan kepada kesepaduan pemikiran dan tindakan untuk menanganinya.

Begitu juga dengan  kekuatan UMNO dan konsep Barisan Nasional (BN) itu tidak boleh ditiru sama sekali kerana ianya adalah dihasilkan dengan perpaduan antara kaum.  Perkara ini bukan dipaksa atau dikerahkan agar berlaku begitu.

UMNO adalah sebuah parti yang berteraskan Islam yang mana mementingkan sikap toleransi serta perpaduan menjadi asas kukuh komponen didalamnya. UMNO ditubuhkan berpaksikan penyatuan semua pihak tanpa mengenepikan bangsa lain.

Dalam hal ini ianya mengambil proses yang cukup lama untuk membentuk satu kesatuan yang kukuh diantara kaum. Kehadiran parti-parti baru yang melihat acuan UMNO ini adalah acuan yang terbaik dan  mereka cuba menirunya.

Bukan ianya tidak boleh, namun penghasilan penyatuan atau perpaduan yang menjadi amalan didalam UMNO dan Barisan Nasional bukan sesuatu yang boleh diciplak, kerana ianya dihasilkan melalui kesedaran jiwa dan memandang jauh dan kebersamaan dengan  mengatakan bahawa Malaysia ini adalah sebuah Negara yang seharusnya dilindungi dan dipertahankan.

Dalam menetapkan wadah perjuangan, Soal kaum dan kelompok keseluruhan masyarakat tidak pernah diketepikan. Semua itu telah  diikat berasaskan sendi agama asalkan Islam maka Melayulah semua. Sendi perpaduan yang berasaskan Islam ini juga diterapkan bersama komponen yang lain yang ada didalam Barisan Nasional. Disini kekuatan yang lahir dalam Barisan Nasional adalah dari kekuatan perpaduan dan sikap toleransi serta kersamaan dinatara kepimpinan yang ada dalam berbilang kaum.

Justeru itu jangan menjadi hairan jika kita tidak melihat dikalangan komponen Barisan Nasional tidak berlakunya penindasan kaum lain. Dalam erti kata lain tidak rasis. Ini adalah kerana Barisan Nasional adalah kepercayaan dan kesatuan.

Hakikat yang sebenarnya UMNO adalah sebuah parti yang menyatu padukan orang Melayu, yang awal-awal penubuhan mencintai orang Cina dan India, yang memberi tempat dengan redha. Inilah kenyataannya yang tidak mampu dinafikan oleh pihak pembangkang.

Kita sedia maklum bahawa orang Melayu amat berminat dalam hal yang berkaitan dengan politik, Namun pada masa yang sama  jangan kita lupa bahawa  parti politik itu hanyalah alat sahaja dan  bukan matlamat.

Masyarakat Melayu kena bijak berpolitik. Jangan sampai parti yang menjadi alat dan pada kedudukan kedua itu mengambil kedudukan politik. Sepatutnya perjuangan parti politik yang di depan dan bukannya pemimpin.

Meletakkan pemimpin sebagai wadah atau  sebagai matlamat utama selalu mengakibatkan perpecahan dalam masyarakat. Natijahnya, ketika orang dan bangsa lain bijak berpolitik dan memperoleh pelbagai manfaat daripadanya, kita umat Melayu gagal memahami realiti politik.

Bagi mereka yang mendakwa Malaysia ini ‘sangat teruk’, tunjukkan bukti supaya kita berlaku adil. Janganlah disebabkan satu perkara yang tidak baik, kita buat kesimpulan semuanya tak elok. Jangan kerana sesuatu kesilapan, kita buat kesimpulan, semua yang kerajaan buat tidak baik. Semuanya salah.

Ketika ini berbagai hasutan dan fitnah dilontarkan dan akan memecahkan perpaduan serta kekuatan bangsa dengan fahaman politik  yang berbeza. Kita masih lagi boleh bersyukur apabila  kita masih bukan ketahap perperangan saudara atau sebangsa.

Jika diterjemahkan dalam senario politik Malaysia, banyak perkara yang kita temui bersamaan dengan gelagat kajian politik  untuk menciptakan masyarakat politik yang demokratik dalam acuan berat sebelah.

Corak acuan  politik yang diperjuangkan selepas Pilihan Raya Umum 2008 ialah “menukarkan kerajaan” atas alasan sejarah penguasaan Barisan Nasional yang berpaksikan perkongsian kuasa perlu ditamatkan selewat-lewatnya pada hari kelahiran Malaysia.

Gerakan ke arah lubuk yang amat bahaya dalam gelanggang politik “pakatan pembangkang” yang dieksperimentasikan dengan penubuhan Barisan Alternatif, dan kemudiannya dimuktamadkan dengan panggilan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, ramai juga rakyat tidak boleh menerimanya, maka rakyat lebih sukakan ia dipanggil Pakatan Pembangkang. Rakyat tidak memberikan keputusan consensus untuk menerimanya, kerana ianya dilihat agak songsang dalam geopolitik Negara.

Akibat terlalu menekankan kepentingan politik, Melayu semakin berpecah meskipun Islam telah berjaya menyatukan orang Melayu sebaik sahaja orang Melayu menerima Islam. Melayu semakin lupa bahawa perjuangan bangsa dan Islam itu harus diutamakan sebagaimana DAP memperjuangkan bangsa mereka dengan menggunakan Melayu Islam.

Masih tidak sedar lagi? Hakikatnya Melayu terus memberikan sokongan terhadap DAP dan bersama-sama mencincang bangsa Melayu dan Islam demi menegakkan persepsi dan  mencipta propaganda yang mana  digunakan untuk membenamkan bangsa Melayu sendiri.

Usaha untuk “melupuskan sejarah orang Melayu di Pulau Pinang” misalnya telah membangunkan satu perspektif  yang herot kepada sejarah. Ertinya, ungkapan bahawa “sejarah ditulis oleh mereka yang menang” seolah-olah sedang direkayasakan oleh parti yang memerintah Pulau Pinang.

Perlu diperbetulkan etika politik orang Melayu-Islam, jangan kerana marahkan nyamuk kelambu akan dibakar. Kerana yang kalah menaburkan fitnah dan tidak berusaha memahami kelemahan sendiri, lebih gemar melakarkan persepsi bayangan yang jauh daripada kebenaran.

Apakah Melayu masih tidak membuka mata lagi tatkala  musuh-musuh politik dan bangsa menyelinap masuk kedalam minda  orang Melayu serta menjanjikan bulan dan bintang dan akhirnya hanya lubang liang lahat bangsa Melayu disediakan.

Jika kita lihat apakah keadaan ini dikejar oleh sebilangan Melayu yang menyokong dasar komunis yang dibawa oleh DAP yang mana lebih menjurus kepada  untuk mendapatkan kuasa dan menguasai. Hasutan dan fitnah dijadikan santapan politik setiap hari.

Hasil daripada itu, orang Melayu terus bermusuhan akibat daripada fahaman  politik yang berbeza. Politik kebencian  diserapkan sehinggakan  melihat muka seorang Melayu sesama Melayu yang lain sekali gus menimbulkan kebencian.

Kehidupan orang Korea adalah sebuah tragedi, tragedi ini berpunca daripada keadaan geopolitik mereka. Bilakah tragedi ini akan berakhir? Dan mungkin juga tidak akan berakhir dan selamanya Korea terus diasingkan  kerana kepentingan politik.

Justeru itu, Melayu harus sedar betapa hebatnya kesan apabila satu bangsa yang telah menolak bangsanya sendiri dan bermusuh sesama  sendiri hanya kerana mendewakan fahaman politik yang tidak mengubah langsung nasib bangsa Melayu malah  akan dipijak lumat sehingga warisan pun dilenyapkan.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*