Asiah Abd Jalil Tuduh Islam Halalkan Rogol Wanita Tawanan Perang

Share This:

 

 

Pemilik akaun Facebook bernama Asiah Abd Jalil seolah-olah berterusan menyinggung perasaan umat Islam dengan beberapa siri kenyataan provokasinya di laman sosial itu walaupun telah terdapat beberapa laporan polis ke atas dakwaannya menghina keperibadian dan keluarga Nabi Muhammad sebelum ini.

 

Isu yang terkini, wanita yang diiktiraf oleh peguam Siti Kasim sebagai aset masa depan negara ini dikatakan secara terbuka menuduh bahawa teks agama Islam menghalalkan perbuatan merogol wanita tawanan perang.

 

Menurut sumber,Asiah Abd Jalil berkata, “Berdasarkan hadis Sahih Bukhari dan Muslim, ketika peperangan, Islam menghalalkan perbuatan merogol wanita tawanan perang.”

 

“Islam juga menganjurkan semasa rogol, air mani dilepaskan ke dalam rahim wanita tawanan perang.”

 

“Selanjutnya adalah kehendak Allah, sama ada wanita yang dirogol itu akan hamil atau tidak.”

 

 

Sebelum ini, Asiah Abd Jalil dikatakan telah membuat pengakuan berani bahawa beliau enggan untuk melaksanakan solat fardhu dan bertegas untuk menuntut cerai daripada suaminya setelah kononnya suaminya telah mempersoalkan akidahnya kerana berkawan dengan Siti Kasim.

 

Beberapa hari yang lepas pula, kediamannya telah pun diserbu oleh sekumpulan Pegawai Penguat Kuasa Agama dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana disyaki melakukan jenayah syariah di bawah seksyen 11 dan 12 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

 

Tindakan JAIP itu telah mendatangkan kemarahan para penyokong Asiah Abd Jalil, termasuklah Siti Kasim dan Farouk Peru, aktivis yang memperjuangkan agar solat fardhu Jumaat ditunda ke hari Sabtu supaya lebih memberi keselesaan dan kemudahan kepada para jemaah.

 

Siti Kasim berkata, “Sahabat saya yang muda dan gagah Asiah Abd Jalil telah diganggu oleh pihak berkuasa agama di Kuantan kerana menyatakan perkara-perkara agama di Facebook.”

 

“Dia bercakap kerana dia ada pengetahuan tetapi Tuhan-Tuhan kecil ini tidak menyukainya. Mereka menyangka mereka sahajalah yang boleh mengatakan apa-apa sahaja mengenai Islam.

 

Pendapat mereka adalah muktamad sedangkan mereka tidak tahu sepatah haram.” “Masa untuk menuntut kembali kepercayaan-kepercayaan kita semua.

 

Hentikan si terencat-terencat ini dari mengawal minda kita!” seru Siti Kasim.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*