Akur Permintaan Suami Rahsiakan Perkahwinan- Izreen Azminda

Share This:

 

Rahsia perkahwinan pelakon Izreen Azminda akhirnya terbongkar apabila dikatakan Intan Liana tampil membuat pendedahan mengenai pernikahan seorang aktres dengan suaminya kepada sebuah media.

 

Menjelaskan punca dia merahsiakan pernikahannya dengan pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude kerana atas permintaan suaminya itu.

 

Izreen, 32, menjelaskan perkara itu menerusi Instagram peribadinya bagi menjawab spekulasi mengenai perkahwinannya dengan Ude yang juga sudah beristeri dan mempunyai dua anak pada petang Ahad.

 

“Memandangkan status saya sebagai isteri, saya terpaksa akur dgn permintaan suami.

 

“Suami minta supaya tidak menghebahkan berita ini sementara waktu memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua saya,” tulisnya.

 

Izreen dan Radzi atau lebih dikenali sebagai Ude, 29, bernikah di Sunway Damansara, Selangor, pada 8 Ogos lalu.

 

Dalam pada itu, Izreen memohon maaf kerana tidak memaklumkan mengenai perkahwinan ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap dirinya.

 

“Saya faham status saya sebagai seorang selebriti seharusnya saya berkongsi berita ini.

 

“Saya ingin memohon maaf kerana tidak memberitahu berita ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status saya,” katanya.

 

Sementara itu, pelakon ini turut memohon supaya netizen tidak membuat andaian berhubung isu ini.

 

Tambahnya lagi, dia tidak perlu menunjukkan bukti kebenaran dan hanya mahu melayari alam rumah tangga dengan bahagia.

 

“Saya harap hentikanlah sebarang kenyataan yang anda sendiri tidak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga kami dan jangan cepat menjatuhkan hukum dengan apa yg anda baca dan lihat.

 

“Saya tidak perlu mencari bukti utk menunjukkan kebenaran kerana kebenaran yg sebenar akan datang dengan sendiri, biar masa yang menentukan.

 

“Cukuplah hanya doa yg terbaik dari anda semua dan semoga segalanya dipermudahkan buat saya suami dan madu, Intan,” tulisnya.

 

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014.

 

Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun hasil perkahwinan itu.

 

Manakala, Ude dan Intan Liana Salih telah berkahwin empat tahun lalu dan dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*