Tular Gambar Pontianak Di Alor Gajah..Rupa-rupanya…

Share This:

 

Kecoh yang mengatakan pontianak bertenggek di atas tiang elektrik di  Jalan Durian Tunggal ke Kesang Pajak berhampiran pusat pelancongan The Touch City, Alor Gajah, menerusi media sosial .

 

Bagaimanapun,menurut tinjauan sebuah media sosial,ia hanyalah pelepah sahaja dan menyebabkan pengguna jalan di situ,  kurang senang dengan tindakan netizen yang menularkan gambar tersebut.

 

 

 

 

Menurut Pengawal keselamatan Abd Rahim Samat, 40, yang kerap menggunakan jalan itu pada waktu malam berkata, dia pernah mendengar mengenai kisah mistik berlaku di kawasan terbabit.

 

Tapi saya buat tak tahu saja, bila tengok gambar yang tular sejak seminggu lalu itu, saya jadi seram. Sekarang saya elak daripada guna jalan itu terutama selepas tengah malam.

 

“Sepanjang berulang alik ke tempat kerja sebelum ini, saya langsung tak pernah tersua dengan pontianak atau hantu. Selain gambar yang menyeramkan, mungkin faktor jalan yang gelap dan sunyi menyebabkan saya bertambah takut,” katanya ditemui hari ini.

 

Sementara itu, penduduk Kampung Gading, Durian Tunggal, S Murugan, 34, berkata, gambar pontianak yang tular itu dianggapnya sebagai gurauan pihak tertentu dengan niat untuk menakut-nakutkan orang ramai.

 

Manakala,Penoreh getah itu berkata, hampir setiap hari dia bangun seawal jam 1 pagi untuk ke kebun, namun tidak pernah terserempak dengan hantu atau pontianak seperti yang tular.

 

“Rumah saya bersebelahan jirat Cina, tak pula dengar bunyi misteri atau nampak hantu. Ketika menuju ke kebun juga tak pernah terserempak dengan pontianak. Tak rasa seram pun.

 

“Terkejut juga bila baru-baru ini gambar itu tular di Facebook (FB), orang kampung tak kecoh dengan perkara itu sebaliknya orang luar pula yang menokok tambah.

 

“Mungkin ‘gambar edit’ nak takut-takutkan orang ramai terutama penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berhampiran yang kerap guna jalan ini waktu tengah malam untuk ke pekan,” katanya.

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*