PRU14 : Khalid Ibrahim Sokong BN Di Selangor, Azmin Bakal Tersungkur

Share This:

PKR di Selangor nampaknya bakal menghadapi tentangan yang lebih hebat dari Barisan Nasional (BN) apabila bekas Menteri Besar Selangor yang disingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim buat keputusan untuk menyokong BN dan berdepan dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Beliau ialah Menteri Besar Selangor yang diminta untuk meletakkan jawatan kerana PKR ketika itu mahu menggantikan beliau dengan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi gagal kerana Anwar dijatuhkan hukuman penjara. Abdul Khalid tetap dipaksa meletakkan jawatan dan ada pilihan raya kecil di DUN Kajang menampilkan Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sudahnya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali jadi Menteri Besar kerana Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan dengan Wan Azizah untuk dilantik ke jawatan berkenaan. Selepas itu, Azmin buat negeri Selangor seperti negerinya sendiri dengan melakukan pelbagai penyelewengan tetapi enggan bertanggungjawab.

 

Menurut, Abdul Khalid, beliau yakin langkah bersama BN adalah satu pendekatan yang efektif.

“Saya yakin pendekatan ini jadi lebih efektif daripada hanya menyokong satu pihak yang melaungkan retorik keadilan tanpa komitmen,” katanya.

Beliau menyuarakan komitmen untuk bersama dengan BN Selangor.

“Saya bersedia untuk bekerja dengan UMNO Selangor dan Barisan Nasional atau dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat Selangor sebab saya berasa dengan adanya perjumpaan saya dengan Tan Sri Noh Omar dan Tan Sri Muhammad Taib, mereka bersedia menerima perkara ini sebab inilah yang terbaik untuk rakyat Selangor.

“Saya akan gunakan pengalaman saya dan juga kemesraan saya dengan rakyat Selangor supaya mereka dapat memilih parti yang mana boleh menerajui negeri Selangor dengan baik,” kata Abdul Khalid dalam satu sidang media, semalam.

Perkembangan ini sudah pasti akan dibimbangi oleh Azmin kerana Abdul Khalid menjadi mangsa banyak kritikan Azmin kerana bagi PKR, Abdul Khalid banyak menjadi batu penghalang kepada parti itu untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan dari negeri Selangor untuk kepentingan pakatan.

Walaupun Azmin menjadi Menteri Besar, di negeri Selangor juga sebenarnya semua pemimpin pakatan adalah mengikut telunjuk DAP yang nampak lebih berkuasa di negeri Selangor.

Apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin DAP Selangor akan dipertahankan biarpun ia mencipta kontroversi kerana parti cauvinis itu mahu mengawal negeri berkenaan memandangkan negeri Selangor adalah negeri yang kaya dalam negara ini.

Dalam ceramah politik Azmin nanti menjelang PRU14, skripnya mesti dipenuhi cemuhan dan serangan peribadi ke atas Abdul Khalid untuk mengelakkan rakyat memberikan simpati kepada beliau sekaligus memberikan kelebihan kepada BN untuk menang di Selangor nanti.

Abdul Khalid dan bekas Menteri Besar juga, Muhammad Taib akan pasti dihalang daripada bersuara oleh PKR dengan mereka bakal diburukkan dalam setiap kempen dan ceramah pakatan di negeri Selangor.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*