Jawapan Pelakon Izreen Selepas Dituduh ‘Perampas’

Share This:

 

 

Baru-baru ini,kecoh aktres Izreen Azminda dikatakan menjadi sebutan ramai selepas berita perkahwinannya dengan ahli muzik, Ude yang sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak tersebar meluas.

 

Menurut sumber,pelbagai tohmahan dan hinaan telah dilemparkan kepada pelakon ini oleh netizen kerana dianggap sebagai ‘perampas’ suami orang.

 

Susulan perkara itu, pelakon terkenal Izreen Azminda Aznam ini telah tampil memberi kenyataan balas berhubung perkara tersebut.

 

Pelakon berusia 32 tahun ini berkata, dia meminta semua pihak agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami.

 

“Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media minggu hadapan akan menjelaskan segalanya.” katanya memetik sumber sebuah portal.

 

Menurutnya lagi, dia bakal mengadakan sebuah sidang media rasmi yang akan diadakan di Damansara pada selasa depan bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

 

“Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian.

 

“Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.

 

“Insya-ALLAH kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab kami nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja,” kata Izreen.

 

Izreen berkata lagi, dia mengakui sedih dan kesal dengan cubaan sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dengan situasi yang berlaku.

 

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tidak menjatuhkan air muka mana-mana pihak.

 

“Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap selepas sidang media itu nanti semua akan kembali neutral,” ujarnya.

 

Bagaimanapun,segelintir netizen meninggalkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*