Azmin Cuba Buat Lawak Dengan Rasmikan ‘Rawang Bypass’

Share This:

Menteri Besar Selangor Azmin Ali hendak buat aksi komedi pula apabila dilihat mahu merasmikan laluan Rawang Bypass pada 6 Disember iaitu Rabu depan. Padahal, laluan yang kini terkenal sudah pun dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof pada 28 November yang lepas.

Jadual perasmian Azmin ditetapkan pada pukul 9 pagi, melalui satu poster yang diedarkan di media sosial hari ini. Adakah Azmin hendak ambil kredit juga daripada projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ini.

Ada sesetengah penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak malu mahu mengaku bahawa projek berkenaan adalah projek yang dilaksanakan kerajaan Azmin.

Untuk pengetahuan, matlamat utama projek Rawang Bypass adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di pekan Rawang. Muncul cadangan pembinaan iaitu jalan pintas di bahagian timur pekan berkenaan.

Di laman Facebook JKR Malaysia, ada paparan grafik yang menyatakan bahawa jajaran yang dicadangkan telah memastikan kesan sosial dan alam sekitar yang minima. Jajaran berkenaan telah ditentukan hasil kajian oleh Kementerian Kerja Raya dan JKR.

Azmin sebenarnya tidak perlu langsung untuk mengadakan program perasmian itu kerana ia akan dilihat tidak puas hati atau cemburu dengan apa yang kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya lakukan untuk rakyat. Untuk menutup malu, pihak kerajaan negeri terpaksa meletakkan upacara perasmian bagi pihaknya pula iaitu Kerajaan Negeri Selangor.

Sepatutnya, beliau yang juga Timbalan Presiden PKR boleh hadir bersama-sama dalam program perasmian oleh Fadillah tapi beliau tidak hadir.

Dalam ucapan perasmiannya nanti, Azmin pasti akan kata betapa prihatinnya kerajaan negerinya kerana sudah berjaya membantu orang Rawang mengatasi kesesakan lalu lintas cuba mendapatkan sokongan padahal ia hanya kenyataan membohong dan menipu.

Kerajaan bertunjangkan BN sudah terbukti berjaya membina satu projek yang mega memberikan manfaat besar kepada rakyat dan pada masa sama menjaga kepentingan alam sekitar.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*