“Wang Segera” Untuk Pemimpin Pakatan Harapan, Asalkan Rakyat Buta Politik Menyokong

Share This:

Baru baru ini semasa kejadian banjir di Pulau Pinang kita telah melihat betapa lakonan yang terbaik dari  Guan Eng yang mana memohon bantuan kerajaan pusat dalam usaha mengatasi banjir. Linangan air mata  yang amat pilu dilakonkan. Tetapi dimatanya hanya bayangan wang sahaja yang bakal dikecapi dan dirompak.

Semua itu hanya sendiwara yang hebat  dan semua rakyat tahu bahawa  DAP tidak perlu amil tanggungjawabn dalam permasalahan  atau bencana yang timbul dari rakyat. Permasalah rakyat bagi DAP hanya menyusahkan mereka sahaja.

Perkara yang utama bagi DAP ialah bagaimana untuk mendapatkan peruntukkan yang bakal diagih agihkan sesama mereka sebelum  kerajaan DAP ini kalah di mana-mana. Sekurang-kurangnya  pemimpin DAP sudah mempunyai kekayaan dan hidup senang lenang.

Dalam kemelut rakyat bertungkus lumus untuk menyelamatkan nyawa , DAP masih lagi boleh berlenggang tangan hanya bertanya khabar dan bukan bantuan yang dibawa. Pada masa yang sama juga mereka memikirkan dimanakah wang  akan diperolehi dari kesusahan rakyat untuk diri mereka.

DAP PKR dan PPBM  ketiga parti yang melihat permasalahan rakyat itu adalah masalah bagi mereka. Bagi ketiga pemimpin ini  wang adalah tuhan bagi mereka. Tetapi mereka akan menjadi wali apabila hampir tibanya pilihanraya.

Dimana ini dikala ini, pengundi atau rakyat adalah segalanya bagi mereka. Tahun terakhir  sebelum Pilihanraya pengundi adalah raja bagi pemimpin PKR, PPBM dan DAP. Pada kali ini kita kan melihat betapa prihatinnya DAP , PKR dan PPBM berjumpa rakyat, Dedak dihulurkan , kemesraan yang tiada tolok bandingnya.

Dimasa ini juga kita akan melihat betapa pakar-pakar pengundi hantu telah bersidang dan keluar memberikan kenyataan dan memberitahu  bahawa dimana-mana adanya pengundi hantu. Baru baru ini  Nga Kor Ming telah dilihat menjadi pakar pengundi hantu dilaman twitternya.

Pakar Pengundi Hantu, Pindah Pengundi, Lari Tempat Bertanding dan  Blackout semuanya dikesan oleh DAP , PKR  dan sekutu Pakatan Harapan sebagaimana telah menjadi rutin setiap kali akan hampir pilihanraya Umum. Kepakaran mengesan semua maklumat serta no telefon pengundi hantu hanya boleh dilakukan oleh DAP sahaja.

Sejak dahulu telah menjadi sikap pembangkang yang hanya bertanding untuk jawatan dan kuasa sahaja. Tanggungjawab kepafa rakyat tidak pernah dilaksanakan. Pada kebanyakan  mereka ini  hanya apabila berkuasa akan mengaut kekayaan untuk diri mereka.

Ini merupakan salah satu sebab , mengapa pemimpin  Pakatan Harapn banyak bertanding di kedua kerusi. Mereka akan menguasai kerusi DUN dan Parlimen. Hasilnya mereka akan dapat gaji dan elaun dua jawatan sekali gus.

Setelah tembelang penipuan mereka  terbongkar , mereka akan berpindah ke kawasan yang lain dengan membawa isu fitnah politik yang baru dan cuba memecahbelahkan  perpaduan rakyat setempat. Ini lah cara yang telah diperkenalkan oleh Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang adalah pelopor kepada meninggalkan pengundi walaupun dia menang  dikawasan tersebut. Kit Siang lebih menumpukan kepada  isu politik nasional dan meninggalkan rakyat yang memerlukan khidmatnya.

Kegagalan untuk berkhidmat dengan rakyat Kit Siang atau mana-mana pemimpin DAP terus menuding jari kepada kerajaan yang tiada kaitan dengan kawasan  yang kalah. Dengan cara menuding jari, secara tidak langsungnya mereka akan mencipta isu baru dan terus menghasut rakyat.

Selama berpolitik Kit Siang telah berpindah randah meninggalkan pengundi tanpa rasa bersalah kepada pengundi. Perkara yang penting ialah dengan kebodohan pengundi yang mengundi Kit Siang atau DAP . DAP telah dapat menambah kerusi yang amat mereka perlukan untuk mengubah suasana politik.

Dasar “Touch N Go” dan bertanding  dua kawasan sekali  iaitu DUN dan Parlimen adalah dasar yang dilaksanakan oleh pemimpin Pakatan Harapan dalam  mencari kuasa dan kedudukan mereka di merata tempat semasa Pilihanraya akan datang. Dasar ini telah lama diamalkan sejak tahun 1969 lagi.

Kaedah “Touch N Go” ini adalah dimana calon-calon yang telah menang pada pilihanraya akan  meninggalkan kawasan mereka selama mana  mereka mahukan tanpa mempedulikan hal berkaitan rakyat di kawasan yang dimenangi.

Pengamal “Touch N Go” yang paling terkenal di dalam Pakatan Harapan ialah  Lim Kit Siang . Dia telah mewakili banyak kawasan dan setelah menang dia akan meninggalkan kawasan dan pada pilihanraya akan datang , dia akan bertanding ke tempat lain pula.

Mengapakah amalan “Touch n Go” bertanding  dua kawasan sekali gus iaitu DUN dan Parlimen ini menjadi pilihan pemimpin Pakatan  Harapan .

Ini adalah kerana  kemenangan di dua kawasan membolehkan mereka mengekalkan kuasa sokongan dan memudahkan mereka melakukan politik kotor mereka sekali gus tanpa halangan.

Perkara yang lain ialah mereka akan mudah untuk memastikan pada pilihanraya akan datang statistik pengundi yang menyokong mudah dikesan dan merancang gerak kerja seperti memindakkan pengundi, meletakkan pengundi hantu dan sebagainya.

Sememangnya apabila hampir pilihanraya “Raja Penyiasat” Pengundi hantu adalah pemimpin Pakatan Harapan. Mereka secara langsungnya akan tahu dan boleh terus tahu segala maklumat yang ada  pada seseorang pengundi hantu.

Tidak dapat dinafikan lagi, bahawa  Pakatan Harapan terutama DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang adalah pakar dalam menjadi  pemimpin “ Touch N Go” dan pakar dalam mengesan pengundi hantu yang diketuai oleh “ Raja Pengundi Hantu”  iaitu Nga Kor Meng serta pakar memindahkan pengundi iaitu  “ Ratu Hantu Pindah”  Teresa Kok.

Ketiga perkara ini wajib berlaku apabila sudah  hampir pilihanraya. Dan ketiga perkara ini sudah pastinya dikesan oleh DAP yang diketuai oleh Kit Siang. Hebat bukan mereka menipu rakyat. Setiap tahun perkara yang sama akan berlaku.

Jadi cukup-cukup sudah rakyat dipermainkan oleh  pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini, cukup lah diperbodohkan dengan isu politik , dengan propaganda, dengan persepsi yang akan merugikan diri sendiri.

Rakyat harus sedar bahawa kerajaan yang sedia ada adalah diantara kerajaan yang diakui dunia  tentang keberkesanannya memerintah Negara yang berbilang kaum seadil-adilnya dan bukan mendiskriminasikan etnik yang lain hanya kerana politik. Pilihan hampir tiba seharusnya rakyat melihat dan membuka mata hati dengan melihat kejayaan yang dicapai oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional  memerintah.

Perbezaan diantara langit dan bumi , diantara panggang dengan api.. Maka Barisan Nasional itu adalah yang terbaik.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*