Sam Allardyce Ke Everton?

Share This:

EVERTON  mengesahkan Sam Allardyce berada di pusat latihan mereka pada Rabu.

Allardyce berada di sana  bagi berbincangan terakhir bersama The Toffees sebelum mengesahkan secara rasmi jawatan di Everton.

Sebelum ini Everton memecat pengurusnya Ronald Koeman dan David Unsworth mengambil tugas itu buat sementara waktu.

Selepas gagal mendapat perhatian pengurus Diego Simeone, Everton kembali melihat profil Allardyce yang meninggalkan Crystal Palace enam bulan lalu.

Rooney menjaringkan hatrik ketika  bertemu West Ham.

Pada Rabu Everton memuat naik status di Twitter memberitahu Allardyce berada di Finch Farm bagi penilaian terakhir perbincangan.

Dalam masa sama Unsworth masih menguruskan kelab bagi perlawanan bertemu West Ham.

Dalam pada itu, Everton berjaya menumpaskan West Ham dengan 4-0 yang menyaksikan bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney bangkit melakukan hatrik.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*