#PAU2017 : Mahathir Akan Mula Buat Pekak Ketika Perhimpunan Berlangsung

Share This:

Pada Selasa depan, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 akan bermula di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang digelar ramai netizan sebagai ibu segala perhimpunan yang menentukan survival parti terbesar orang Melayu itu sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ketika ini, Pakatan Harapan (PH) begitu yakin bahawa mereka boleh mencapai kemenangan di peringkat Persekutuan kerana mereka fikir populariti mereka di media sosial akan membawa mereka menang pada PRU14 mengalahkan Barisan Nasional (BN). Pembangkang juga begitu pasti dengan dipimpin oleh Pengerusi PH, Mahathir Mohamad mereka akan berjaya seterusnya membentuk kerajaan buat pertama kali di negara ini.

Mahathir akan mula buat-buat tutup telinga dan butakan matanya sepanjang perhimpunan berlangsung kerana para perwakilan sudah pasti bersedia untuk berucap dalam perbahasan untuk membidas apa yang dilakukan oleh Mahathir khususnya perbuatan mengejek orang berdarah keturunan Bugis.

Segala tuduhan Mahathir ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO akan ditempelak oleh para perwakilan dengan hujah dan bukti bahawa ia tidak benar malahan hanya rekaan semata-mata.

Kalau dulu, Mahathir mengkritik Najib dari dalam UMNO dengan tidak terlalu ketara, kini beliau sudah melampau kerana sanggup mengejek isteri dan kaum keluarga Najib dengan sikap kurang ajar.

Selain medan survival orang Melayu, PAU2017 adalah gelanggang untuk para perwakilan yang akan berucap mendedahkan siapa Mahathir yang sebenarnya kepada orang-orang Melayu di seluruh negara kerana Mahathir sudah melanggar banyak prinsip dirinya sendiri. Beliau sudah jadi keluarga sejati dengan parti cauvinis DAP, dengan pemimpinnya, iaitu Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.

Kalau dulu, Mahathir jadi tetamu kehormat dalam perhimpunan dan duduk di depan mendengar ucapan, kali ini Mahathir adalah sasaran utama untuk dibalun oleh perwakilan selepas kemarahan terhadap Mahathir kerana mencemuh pemimpin dan ahli UMNO sudah lama disimpan.

Kalau bara yang dibiar sudah lama jadi api yang menyambar dan masa PAU ini berlangsung kali ini ahli UMNO akan mempertahankan parti dari pembohongan Mahathir.

Tidak mustahil sambutan orang ramai ke atas PAU2017 kali ini akan menjadi sambutan yang paling luar biasa dalam era moden UMNO kerana ia diadakan sudah begitu hampir dengan PRU14 yang bakal diadakan tidak lama sahaja lagi.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*