Padah Guna Cecair Asid Uji Ilmu Kebal

Share This:

 

 

Satu ilmu silam yang amat dipercayai dikalangan segelintir manusia,ilmu kebal dikatakan merujuk kepada keupayaan seseorang bagi menahan tubuhnya daripada sesuatu yang mengatasi kekuatan manusia biasa.

 

Namun, sangkaan itu meleset sama sekali kerana ternyata masih terdapat segelintir manusia yang percaya dengan ajaran mengarut seperti itu.

 

Ini terbukti apabila terdapat sebilangan masyarakat dikatakan di Indonesia yang mendakwa mengamalkan Debus (kebal), iaitu sejenis ilmu seni mempertahankan diri yang terkenal dalam kalangan suku Banten.

 

Menurut sumber,Debus dipercayai dapat memberikan kekebalan dengan bantuan jin, sekaligus membuatkan pengamalnya kebal daripada sebarang kecederaan fizikal.

 

Oleh sebab itu, masih ramai manusia jahil mengamalkan ilmu sesat berkenaan biarpun menyedari tindak-tanduk mereka itu sebenarnya menuju ke jalan syirik.

 

Inilah yang berlaku kepada tujuh lelaki di Tangerang, barat Jakarta yang mahu menguasai ilmu tersebut dan cuba mempelajarinya daripada seorang bomoh di Kampung Rawa Kopi.

 

Bomoh terbabit yang hanya dikenali sebagai Didi, mahu melihat sejauh mana penguasaan anak-anak muridnya terhadap ilmu itu.

 

Dia telah mengarahkan anak muridnya untuk membilas tangan menggunakan racun asid pada malam Jumaat lalu, kononnya untuk menguji kebolehan mereka dalam mempraktikkan ilmu debus (kebal).

 

Malangnya, tujuh lelaki itu mengalami lecur teruk sejurus mereka menjiruskan cecair asid, membuatkan kesemuanya dikejarkan ke unit kecemasan dan memerlukan rawatan pakar daripada pihak hospital.

 

 

 

 

 

Menurut ketua polis tempatan, Harry Kurniawan, bomoh lelaki itu dikatakan baru berpindah ke kampung berkenaan beberapa bulan sebelum itu.

 

Bagaimanapun,bagi umat islam, kita tahu bahwa ilmu kebal bukanlah ajaran Islam. Ilmu kebal yang didapatkan dengan melakukan berbagai ritual tidak lain dengan melibatkan bantuan jin yang mana meminta bantuan jin dalam hal seperti ini hukumnya haram, dosa besar, dan akhirnya boleh memudaratkan diri sendiri.

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*