NGO Dakwa Hindraf Hasut Kaum India Guna Isu Dana SEED

Share This:

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Barisan Nasional (BN) hari ini mendedahkan parti Hindraf akan menggunakan perkara berkaitan dana Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) sebagai isu untuk menghasut kaum India supaya menolak BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata Hindraf memfitnah dengan mendakwa bahawa dana berkenaan kononnya diagihkan hanya kepada usahawan India yang menjadi ahli MIC sahaja dan bukan kepada usahawan yang memerlukan.

“Pihak SEED perlu tampil ke depan untuk menjelaskan kebenaran.

“Fitnah seperti ini jika tidak dijelaskan dengan betul boleh mengelirukan persepsi kaum India terhadap BN kerana BN sudah terbukti begitu komited dalam meningkatkat martabat ekonomi kaum India di negara ini,” katanya.

Ramesh berkata walaupun Hindraf dilihat seperti sebuah parti yang kecil dalam kalangan masyarakat India tetapi Pengerusinya P Waythamoorthy pernah menyokong BN selepas pernah terkenal dengan protes besar-besaran atas nama Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu.

Dia juga, pernah dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi meletakkan jawatan kurang setahun kerana mendakwa BN gagal menunaikan janji membantu masyarakat India.

“Waythamoorthy dikenali ada agenda peribadi ketika menyokong Najib sebelum ini tetapi selepas agenda beliau gagal dicapai, beliau meninggalkan BN dan menyalahkan kerajaan serta Perdana Menteri dengan tuduhan tidak masuk akal.

“Mereka akan menggunakan pula isu ini untuk menghasut masyarakat India yang kini kembali mempunyai keyakinan yang kuat dengan BN untuk menaikkan taraf ekonomi masyarakat berkenaan di negara ini.” kata Ramesh.

Menurut Ramesh, Waythamoorthy adalah pemimpin yang suka mengambil kesempatan dan peluang untuk mendapat sedikit kelebihan tanpa mahu berusaha sendiri memajukan parti dipimpinnya.

“Empat hari lepas, beliau keluar kenyataan kata mahu bertanding atas lambang Pakatan Harapan dan mahu guna logo Pakatan masa hari mengundi.

“Sebenarnya, dia mengharapkan belas kasihan dari pakatan khususnya Mahathir untuk memberikan kawasan kepadanya untuk bertanding kerana beliau takut kalah jika bertanding atas nama parti Hindraf kerana orang India tahu Hindraf tidak membantu menyumbangkan apa-apa kepada mereka,” katanya.

Katanya, beliau berharap dapat bertanding dengan bantuan DAP dan mendapat undi untuk menang daripada penyokong DAP kerana tahu Hindraf tiada sokonga yang kuat dari masyarakat India.

“Kalau dia bertanding atas nama Hindraf, Waythamoorthy sudah pasti akan hilang wang pertaruhannya,” kata Ramesh.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*