Ngeri!! Bapa Kapak Kemaluan Anak Hingga Maut,Mahu Halau Roh Jahat

Share This:

 

Kejadian yang sangat mengerikan apabila seorang bapa sanggup memotong kemaluan anak lelakinya dengan kapak hanya kerana mahu menghalau roh jahat.

 

Bapanya Ram Gopal Patel, 39, dikatakan membiarkan anaknya Rupesh yang berusia 13 tahun itu berlumuran darah hingga meninggal dunia di rumahnya di Baloda Bazaar, India.

 

Lebih kejam, Ram dan seorang bomoh telah memukul kepala anaknya sebelum memotong kemaluan budak itu. Apabila ibunya Sunita balik dari kebun, dia mendapati anak lelakinya itu terbaring longlai di atas lantai.

 

Dia kemudiannya menjerit meminta bantuan daripada jiran-jirannya. Menurut jiran mereka, keluarga berkenaan sering mengadu ada roh jahat dalam rumah sebelum bertemu dengan bomoh.

 

Dalam pada itu, seorang pegawai polis berkata Ram dan bomoh itu telah ditangkap dan akan didakwa kerana membunuh, melakukan konspirasi serta menyembunyikan bukti.

 

Bagaimanapun,polis menyiasat kes tersebut dan mereka akan direman hingga tarikh perbicaraan.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*