Najib Yang Kawal Rosmah

Share This:

 

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor jelas menyatakan yang beliau akui sebenarnya dikawal oleh suaminya sendiri dan bukan sebaliknya seperti yang dikatakan orang ramai ketika memberi ucapan pada majlis Sepetang Bersama Pengusaha Produk Kecantikan Dan Kesihatan Buatan Tempatan yang diadakan semalam.

 

Walaupun dalam keadaan tidak sihat beliau telah diminta untuk menghadirkan diri ke majlis tersebut,berikutan Datuk Seri Najib Razak tidak dapat hadir kerana terpaksa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika itu.

 

Tidak mudah menjadi isteri kepada perdana menteri dan meminta masyarakat agar memahami cabaran yang terpaksa dilaluinya.Begitu banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Datin Rosmah Mansor sehingga perkara tersebut dikatakan menjadi istilah yang sengaja dicipta oleh pembangkang dan cuba memburuk-burukkan beliau.

 

 

 

Antara beberapa fitnah yang banyak dilemparkan terhadap beliau  :

 

 

1. Beliau dituduh membunuh Altantuya dengan mengebomnya, sedangkan Rosmah pada masa itu berada bersama sekumpulan anak yatim ketika  menghadiri majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006. Menurut sumber, peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican juga berkata, pengakuan kononnya Sirul membunuh Altantuya atas arahan individu tertentu hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan mencemarkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

 

2.Rosmah juga difitnah membeli cincin bernilai RM24 juta .Di dalam dokumen yang dikatakan, nama syarikat Jacob & Co. dan penghantar MALCA-AMIT tertera sehingga menimbulkan persepsi bahawa Datin Rosmah membeli cincin ini untuk perhiasan peribadinya.Tetapi apa yang TIDAK DIDEDAHKAN OLEH PEMBANGKANG adalah, BUKTI dokumen rasmi yang menunjukkan bahawa cincin tersebut TELAH DIPULANGKAN ke Amerika Syarikat.Sebagai bukti Jabatan Kastam juga menyatakan bahawa cincin tersebut telah dihantar pulang ke New York.

 

 

3.Selain itu,beliau difitnah tentang isu pembelian jet peribadi yang menurut Tun tidak lagi digunakan oleh Yang Di-Pertuan Agong. Najib berkata tuduhan itu nyata tersasar kerana Tuanku merupakan VIP pertama menggunakan khidmat jet tersebut untuk ke Langkawi dan akan terus menggunakannya pada masa akan datang.

 

 

4. Isu fitnah gambar beg Hermes yang digandingkan dengan gambar Rosmah memakai beg yang mirip beg itu telah tersebar meluas.Rosmah tidak membeli beg tangan mewah kulit buaya  yang dilelongkan di Hong Kong pada harga RM820,000 itu. Lelongan itu berlangsung pada Jun 2015 sedangkan Rosmah telah dilihat memakai beg yang seakan-akan sama pada 2011 tetapi tidak semahal yang disangkakan.


 

5.Rosmah didakwa mengawal Najib.Menurut Najib, Rosmah  tidak terlibat dalam urusan negara dan tidak mempengaruhi beliau untuk membuat keputusan.

 

 

6.Rosmah juga dituduh mengawal aliran bajet PERMATA Pintar. Bajet itu sememangnya diperuntukkan untuk PERMATA Pintar dan beliau tidak mengawal aliran bajet itu.Malah,beliau ingin melihat lebih banyak program di adakan di bawah PERMATA namun tidak dapat berbuat demikian kerana kekangan bajet.

 

Banyak lagi isu-isu yang cuba dicipta dikatakan untuk menjatuhkan suaminya, Dato’ Seri Najib Razak.Adakah masyarakat masih percaya dengan fitnah yang dilemparkan ke atas beliau tanpa usul periksa? Ia semestinya telah menimbulkan satu fitnah yang besar dan tindakan mereka ini yang menyerang wanita yang tidak bersalah adalah satu tindakan yang sangat keji.

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*