Mati Cuba Swafoto Dengan Bom

Share This:

Moscow: Seorang lelaki Russia mati dalam keadaan mengerikan apabila diletupkan bom yang dipegangnya sendiri selepas menarik picunya untuk mengambil swafoto.

Lelaki dikenali sebagai Alexander ‘Sasha’ Chechik sebelum itu sempat mengambil beberapa gambar yang dihantar kepada rakannya untuk menunjukkan dia memegang bom.

Tindakan itu nyata kurang bijak apabila bom dipegangnya itu meletup serta-merta hingga menyebabkan sebahagian badannya berkecai.

Polis berkata, melihat kepada tindakan mangsa yang sempat menghantar beberapa gambarnya, ia tidak menunjukkan sebarang petanda bahawa lelaki berkenaan berniat membunuh diri.

Kesan mengerikan dapat dilihat menerusi gambar yang dirakam oleh anggota polis di tempat kejadian.

Salah seorang rakannya sempat menghantar mesej kepada lelaki terbabit.

“Awak di mana? Awak OK? Jangan lakukan sesuatu yang bodoh,” kata rakannya itu menerusi pesanan ringkas.

Sementara itu, pihak polis percaya Chechik tidak menjangkakan bom terbabit akan meletup selagi dia tidak melemparkan bahan letupan itu.

Mereka mengklasifikasikan kes itu sebagai satu kemalangan dan bukannya kejadian bunuh diri, menurut laporan.

Klasifikasi kes itu dibuat berdasarkan kelakuan Chechik sebelum itu yang menghantar beberapa gambar kepada rakannya.
Kes itu kini disiasat Jawatankuasa Siasatan Russia, kata jurucakapnya Natalia Smyatskaya. – Daily Mail

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*