Manchester United, Barcelona Berebut Bintang Chelsea

Share This:

MANCHESTER United perlu bersaing dengan Barcelona untuk mendapatkan bintang Chelsea selepas kelab gergasi Sepanyol itu juga mahukan khidmat pemain berkenaan.

Barcelona yang turut mahukan Philippe Coutinho dari Liverpool kini menjadikan Willian sebagai sasaran seterusnya.

Willian yang juga pemain Braqzil itu merupakan pemain penting Chelsea khususnya ketika diterajui Jose Mourinho.

Bagaimanapun, nasibnya berbeza selepas skuad berkenaan dipimpin Antonio Conte sejak musim lalu apabila sering memanaskan bangku simpanan.

Berikutan itu, Willian kini dilaporkan tidak gembira dan sedia meninggalkan Stamford Bridge bagi memastikan masa depan kariernya terjamin.

Usaha Mourinho untuk membawa pemain ke Old Trafford juga tidak menjadi sesuatu yang mustahil kerana Nemanja Matic membuktikan hubungan jurulatih berkenaan dengan pemain Chelsea.

Namun, usahanya tidak begitu mudah kali ini kerana Barcelona yang semakin terdesak untuk memperkemaskan semula skuad berkenaan juga mahukan Willian.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*