Dua Pelancong Ditahan Akibat ‘Tunjuk Punggung’ Di Tempat Awam

Share This:

 

Akibat berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,dua warga Amerika telah ditahan di Lapangan Terbang Don Mueang malam Selasa atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di sebalik akaun Instagram pelancongan ‘tunjuk punggung’ @travel_butts.

 

Menurut sumber,mereka ditahan selepas menyiarkan gambar punggung masing-masing dengan latar belakang kuil Wat Arun di akaun Instagram tersebut yang telah dipadam.

 

Akaun @travel_butts sebelum ini memaparkan gambar-gambar dua lelaki terbabit menunjukkan punggung mereka di tempat-tempat pelancongan dunia.

 

Gambar tersebut tular dengan komen-komen meminta mereka diusir kerana tindakan itu dianggap jijik serta tidak menghormati masyarakat dan negara berkenaan dan tindakan mereka itu telah mencetuskan kemarahan warga Thai.

 

Mereka juga menerima ancaman serangan dan ugutan bunuh.

 

Jurucakap polis imigresen mengesahkan bahawa pasukannya menahan dua lelaki terbabit pada jam 8 malam apabila mereka mahu berlepas keluar dari Thailand, lapor Bangkok Post.

 

Menurut sumber,kedua-dua mereka dikenal pasti sebagai Joseph dan Travis, berusia 38 tahun.

 

 

Ketika ditahan mereka diberitahu bahawa sebagai pelancong mereka harus menghormati tempat-tempat pelancongan bersejarah, budaya dan agama.

 

Dua lelaki itu didakwa mengaku mengambil gambar tersebut dan dibawa ke Balai Polis Bangkok Yai.

 

Kesalahan bogel di tempat awam dikenakan hukuman denda sehingga THB5,000 (kira-kira $AS150).

 

Bagaimanapun,mereka ditahan sementara menunggu dihadapkan ke mahkamah.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*