Ateisme Cuma Fahaman Dan Bukanlah Suatu Agama-Buzze Azam

Share This:

 

Menurut peguam dan aktivis masyarakat Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Ateisme cuma satu fahaman dan bukanlah suatu agama jadi sudah tentu perlembagaan tidak mengiktiraf gerakan ini dan beliau mengatakan ateis ini tidak ada tempat pun di dalam perlembagaan negara.

 

Menurutnya, “Perlembagaan kita sememangnya tidak mengiktiraf satu pegangan yang tidak berkaitan dengan agama jadi dari sudut mana pula fahaman ateis ini hendak masuk ke dalam perlembagaan, maka mereka perlu mengakui gerakan ateis ini sebagai tidak berperlembagaan.”

 

Beliau yang lebih dikenali sebagai Buzze Azam berkata, walaupun perlembagaan tidak secara jelas melarang, namun di dalam perlembagaan hanya menyatakan berkaitan Perkara 3 iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan, kemudian agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

 

“Kemudian, Perkara 11 berkaitan dengan penyebaran agama, jadi secara keseluruhannya perlembagaan kita bercakap tentang keagamaan, bermakna mempunyai agama, tak kiralah agama Islam ataupun agama-agama lain.”

 

Menurutnya, hal itu hanya tafsiran mengikut fahaman pihak ateis tersebut sahaja, umum mengetahui ateis ini bukan satu agama bahkan ia adalah satu fahaman yang anti-agama.

 

“Jadi bagaimana mereka hendak katakan yang mereka boleh bebas beragama mengikut Perkara 11 Perlembagaan sedangkan mereka sendiri menolak dari mengikut mana-mana ajaran agama.”

 

“Walau apapun, Perkara 11 itu bukanlah berkaitan perkara bebas beragama tambahan ateis ini bukanlah satu agama, jadi dari celah mana pula ateis ini termasuk di dalam Perkara 11 dan kebebasan bersuara.”

 

Buzze Azam seterusnya menyatakan bahawa tindakan tidak boleh diambil ke atas fahaman ateis ini melainkan fahaman itu menyebabkan berlakunya jenayah, ataupun menyebabkan berlaku kacau ganggu terhadap orang awam, maka jika yang demikian, barulah tindakan boleh diambil.

 

“Kalau dia seorang duduk di warung kopi misalnya mengamalkan kepercayaannya kita tidak boleh buat apa-apa, melainkan dia buat satu perhimpunan yang melanggar undang-undang ataupun perhimpunan aman sekalipun, barulah kita boleh mengambil tindakan terhadap mereka.”

 

“Itupun kita bukan ambil tindakan berdasarkan kepada kefahamannya tetapi disebabkan tindakannya itu yang melanggar undang-undang,” katanya lagi.

 

Persoalan mengenai kesan kedudukan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan terhadap pertubuhan atau individu ateis ini Buzze Azam berkata, “Sebenarnya tidak ada sebarang kesan pun, sebab Perkara 3(1) itu berkaitan Islam Agama Persekutuan jadi ateis ini mereka mungkin tak iktiraf hal itu tetapi itu dia punya pasallah.”

 

“Serupa juga seperti pihak ateis ini, mungkin itu pandangan peribadinya ia tidak menjadi masalah pun cuma jika dia menggunakan pandangan peribadinya itu untuk mempengaruhi orang lain ataupun menghasut dengan mengadakan ceramah besar-besaran mempersoalkan Islam maka barulah tindakan tegas berdasarkan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang sudah termaktub di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan tetapi bukanlah semata-mata atas fahaman ateis itu.”

 

Menurut Buzze Azam lagi, “Perlembagaan ini bukannya boleh dibakul sampah sesuka hati, sebagai individu kalau dia nak membakul sampahkan sekalipun tidak ada sesiapa boleh halang dan peduli dia, jika dia buat secara diam-diam dan seorang diri di tempat tertutup sebab dia lakukan atas kapasiti individu dan tidak menghasut pihak lain.”

 

 

-PRU14.TV

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*