Adakah Mahathir Akan Guna Alasan Tidak Tahu Lagi Selepas Ini?

Share This:

Sudah lebih sebulan berlalu sejak Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) selesai melakukan prosiding siasatan berhubung kehilangan wang negara menerusi aktiviti perjudian Forex yang dilakukan antara tahun 1992 hingga 1994. Ramai bekas-bekas pemimpin dipanggil antaranya Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara amnya, amat sukar bagi mereka yang tidak begitu memahami perjalanan ekonomi negara. Namun secara kasarnya, Bank Negara telah mengalami kerugian sebanyak RM 31.5 bilion hanya dalam masa dua tahun. Lebih memeranjatkan adalah, kerugian ini tidak dicatatkan di dalam apa jua rekod di Bank Negara kerana terdapat usaha melencongkan kerugian berkenaan kepada beberapa dokumen-dokumen yang lain.

Setelah hasil siasatan berkenaan diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V, akhirnya apa yang cukup dinantikan oleh ramai pihak yang ingin tahu kemana hilangnya RM 31.5 bilion ini bakal terjawab tidak lama lagi.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh RCI, pihak mereka mendapati terdapat kes untuk disiasat berhubung kehilangan wang sebanyak ini. Dalam kenyataan berkenaan menyebut, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang pada ketika itu menjadi sebahagian daripada pengurusan Bank Negara Malaysia adalah antara individu yang bertanggungjawab dalam urusniaga berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, terdapat beberapa individu lain juga boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat atau bersubahat bagi menjalankan aktiviti perjudian Forex ini. Di dalam laporan berkenaan, nama Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussein dan Tan Sri Lin See Yan antara nama yang disebut mempunyai kaitan dengan aktiviti berkenaan.

Untuk rekod, kes ini disiasat menerusi Akta Pecah Jenayah, Seksyen 406 dan 409, Kanun Keseksaan. Melihat kepada laporan ini, timbul persoalan, adakah Mahathir, Anwar mahupun beberapa pihak yang terlibat akan memilih menjawab tidak tahu sekiranya disiasat kelak?

Ini kerana, sepanjang prosiding siasatan RCI sebelum ini, Mahathir, Daim, Anwar dan beberapa saksi lagi memilih untuk menjawab tidak tahu, tidak ingat dan tidak pasti ketika diajukan soalan peranan mereka dalam transaksi ini. Seandainya ini berlaku, nampaknya mereka secara berterusan dan mungkin juga berpakat untuk menyembunyikan fakta sebenar, apa yang berlaku pada 2 tahun berkenaan.

Ini bukan perkara yang boleh dilupakan begitu sahaja. Ini melibatkan wang negara di mana sekiranya wang berkenaan dibelanjakan untuk membangunkan negara, negara sudah lama mengecapi kemajuan yang cukup kita idamkan. RM 31.5 bilion itu bukan angka yang kecil dan ada yang berpendapat, angka berkenaan adalah angka kerugian terbesar di dunia yang dilakukan oleh sesebuah bank pusat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*