[VIDEO] Pernikahan Fazura, Fattah Manis Bak Gula

Share This:

 

Pelakon Fattah dan Fazura akhirnya sah bergelar suami isteri. Beberapa video pernikahan pasangan mereka telah dikongsi dan dimuat naik melalui akaun Instagram Milik Fazura.

 

Jujur, Fazura nampak sungguh manis dan ayu dengan persalinan serba putih dan bertudung.

 

Jelas kelihatan kedua pasangan ini memang benar-benar sedang dilamun cinta. Tidak perlu berbicara, melalui video yang dikongsi ini jelas terpacar di mata masing-masing mereka cukup bahagia bersama dan ditakdirkan untuk bersama.

 

Fazura yang berwalikan abangnya, selamat dinikahkan bersama Fattah dengan sekali lafaz dengan mas kahwin sebanyak RM250 tunai.

 

Berlatar belakangkan pelamin warna unggu lembut, Fazura dan Fattah cukup berseri…

 

Video yang dihasilkan oleh MindQuest production jelas memaparkan kebahagian pasangan ini.Jom saksikan video mereka.

 

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*