Sebenarnya, Mahathir Mahu Melihat PPBM Diharamkan

Share This:

Pada satu hari pada tahun 1988, seluruh negara digemparkan dengan berita parti UMNO di haramkan penubuhannya akibat satu tindakan guaman sivil yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri dan akhirnya kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11).

Dalam permohonan berkenaan, mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal serta tidak mempunyai kesan. Akhirnya, pada tahun berikutnya, Mahkamah Tinggi telah mengisytiharkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan haram.

Kira-kira 4 hari kemudian, Mahkamah Rayuan akhirnya menerima rayuan yang dikemukakan oleh UMNO untuk membatalkan pengharaman berkenaan dengan Presiden UMNO pada ketika itu, Tun Dr Mahathir begitu sibuk merombak dan meyakinkan ahli UMNO untuk terus memberi sokongan kepadanya.

Itu adalah rentetan kisah lama yang cukup terkesan di setiap ahli UMNO sehingga hari ini. Namun, siapa menyangka, hampir 30 tahun kemudian, modus operandi yang sama cuba dilakukan oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir yang mahu melihat, parti yang dipengerusikannya sendiri diharamkan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Mungkin ada yang menuduh, mana mungkin berlaku sedangkan Mahathir adalah pengerusi parti berkenaan. Malah, pasti yang akan menyatakan, ianya cuma andaian dangkal yang tidak masuk akal kerana PPBM hari ini adalah salah sebuah parti komponen terpenting di dalam Pakatan Harapan.

Ya, mungkin ada benarnya tanggapan demikian namun satu perkara yang perlu kita ingat, sewaktu awal penubuhan PPBM tahun lalu, Mahathir tidak pernah bersetuju sebuah parti politik ditubuhkan. Malah, pada 29 Februari dua tahun lalu, hari di mana Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO, beliau menegaskan tidak akan menubuhkan apa-apa parti dan lebih senang berjuang bersama parti pembangkang yang lain di dalam Pakatan Harapan.

Namun begitu, pada sekitar bulan September tahun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yasin bertindak melawan arus dengan menubuhkan PPBM dan Mahathir pada ketika itu lebih selesa berjuang bersama PKR dan PAN, dilantik sebagai Pengerusi. Sejak itu, dia hanya menggunakan PPBM sebagai satu landasan untuknya memperjuangkan kehendak peribadi berbanding kehendak parti.

Justeru, tidak hairanlah apabila timbul isu dengan RoS, dia tidak pernah hadir kepejabat RoS dan hanya pergi ke pejabat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tanpa membuat sebarang temujanji. Urusan RoS diserahkan sepenuhnya kepada Muhyiddin selaku Presiden parti yang mana hari ini, Muhyiddin sendiri mengakui, masalah PPBM dan RoS ini tidak akan mungkin dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Secara amnya, sejak dari awal lagi, sememangnya Mahathir tidak pernah mahu PPBM ditubuhkan. Manakan tidak, penubuhan sesebuah parti politik baru memerlukan modal yang cukup besar dan jika tidak mempunyai sebarang tajaan, nasib sesebuah parti politik baru pasti akan terkubur. Persoalannya, adakah Mahathir bersedia membelanjakan wang yang banyak untuk menghidupkan PPBM?

DAP sebagai parti induk di dalam pembangkang turut mempunyai tanggungjawabnya untuk menaja PAN yang diketahui sebagai parti “cawangan khas” DAP untuk menghancurkan perpaduan Melayu. Adakah DAP bersedia untuk membelanjakan wang mereka sekali lagi untuk menaja PPBM yang hari ini hanya mempunyai 1 kerusi Parlimen dan beberapa kerusi DUN?

Kesimpulannya, apa jua nasib PPBM hari ini memang sudah tidak dipedulikan lagi oleh Mahathir. Dia lebih senang berada bersama dengan parti yang sudah kukuh dalam arus politik negara berbanding mengeluarkan belanja dan cuba menghidupkan parti yang dia sendiri akui, cukup bermasalah.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*