Rumah Bilal Kena Roboh, Rumah Urut Seks Beribu ribu Di Selangor

Share This:

MASIHKAH anda ingat insiden rumah bilal dirobohkan? Kejadian tersebut berlaku di kuarters dalam perkarangan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Selangor. Kerajaan Pakatan Harapan Selangor didakwa sengaja untuk melakukan perobohan tersebut walaupun sudah mendapat kelulusan untuk memberhentikan proses tersebut dan ditangguh selama sebulan.

Malah setelah orang ramai mengetahui maklumat berkenaan penangguhan tersebut, pegawai terbabit melarikan diri menggunakan kereta polis. Pegawai Daerah dikatakan telah memberitahu pegawai terbabit supaya berhenti dari merobohkan rumah-rumah tersebut tetapi dia tetap melakukannya.

Proses yang dilakukan ini adalah secara haram kerana tiada sebarang notis perobohan ditunjukkan kepada penduduk sungguhpun telah didesak beberapa kali.

Ironinya pula negeri yang diperintah oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP tersebut mempunyai 6,000 lebih rumah urut yang menawarkan khidmat seks sedang beroperasi di sekitar Selangor. Jumlah ini tidak termasuk rumah urut yang beroperasi secara haram.

Pengusaha perkhidmatan seks di Selangor menggunakan medium Whatsapp dan Wechat secara berleluasa untuk mempromosikan perniagaan mereka. Semua rumah urut ini dikatakan mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Selangor untuk menjalankan operasi mereka.

Persoalannya siapakah yang meluluskan permohonan mereka di bawah Undang Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Perniagaan Kesihatan 2007?

Sebelum 2008, bilangan rumah urut tidak lebih daripada 420 buah sahaja di Selangor, namun kini jumlah itu sudah jadi berpuluh puluh ribu buah rumah urut. Meningkat mendadak jumlahnya sejak PKR dan DAP memerintah negeri Selangor.

Rumah urut bertambah menjadi hampir 25,597 buah di Selangor, 6,000 daripada rumah urut ini menawarkan khidmat seks menurut pendedahan yang dibuat oleh ahli parlimen Kuala Selangor.

 

Siapa yang meluluskan pertambahan rumah urut, pusat judi, kelab dan pub ini di Selangor? Siapa yang menguasai dan berada sebagai ahli majlis dalam Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor?

DAP lah yang menentukan segala-galanya di Selangor. Daripada sejumlah 288 Ahli Majlis dalam 12 PBT di Selangor, DAP dan PKR yang menguasainya. Sejumlah 101 orang ahli majlis adalah daripada PKR, 96 orang ahli majlis adalah dari DAP, 72 orang adalah daripada PAS dan 8 orang adalah daripada PAN.

Nasib orang Islam di Selangor bagai dianak tirikan oleh pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Rumah Bilal dirobohkan tetapi rumah-rumah urut dibiarkan bertambah umpama cendawan bercambah selepas hujan. Allahuakbar, malang nasib orang Islam di Selangor.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*