PPBM Sibuk Import Orang, Kini Ketandusan Calon #PRU14

Share This:

Parti PPBM sekarang sedang sibuk import orang dari luar untuk selesaikan masalah ketandusan ahli dan calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Sebab itu mereka berjaya pengaruhi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Amiruddin Hamzah keluar dari PAS dan menyertai PPBM.

Selepas Amiruddin yang dijangka ikut jejak langkahnya ialah Ahli Parlimen PAS-Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang sudah tidak diterima oleh PAS dan diminta untuk keluar parti.

PPBM sekarang berdepan dengan bermacam-macam masalah dari segi ahli, perlembagaan dan kepimpinan. Ahli di peringkat akar umbi sudah marah kerana pengurusan parti gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) untuk berbincang berkenaan masalah dalaman parti.

Ada Bahagian PPBM di beberapa negeri sudah pun membuat aduan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tentang masalah itu.

Jangan kata AGM, mesyuarat di peringkat Cawangan dan Bahagian juga tidak sempat untuk diadakan sebelum sempat menjelangnya PRU14 untuk PPBM bertanding.

Berapa bilangan ahli mereka di seluruh negara juga PPBM belum umumkan sampai ke hari ini biarpun sudah berjanji berkali-kali untuk mengumumkannya namun tidak ada apa-apa sampai ke hari ini.

Jadi, pemimpin serpihan dari PAS dan dari parti lain yang kononnya berjaya ditarik masuk ke dalam PPBM bertujuan untuk menarik ahli dari parti asal pemimpin itu masuk ke dalam parti yang dipengerusikan oleh Mahathir Mohamad supaya dibenarkan bertanding nanti dalam pilihan raya.

Kini, timbul pula masalah lain apabila pucuk kepimpinan tertinggi PPBM iaitu Mahathir dan Presiden, Muhyiddin Yassin dituduh cuba menyembunyikan rekod kewangan parti yang merujuk kepada dana yang diterima dari derma pihak luar.

Pengasas PPBM, Kamarul Zaman Habibur Rahman yang sudah keluar parti berkata, berdasarkan Perlembagaan PPBM, parti itu sepatutnya mengisytiharkan sumbangan dana atau derma kepada Majlis Pimpinan Tertingginya, namun setiap kali beliau hadir mesyuarat, agenda itu tidak dibuat.

Kalau dulu mereka desak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dedahkan sumber dana RM2.6 bilion yang telah pun dijawab dan diumumkan oleh beliau, tapi Mahathir dan Muhyiddin pula boleh merahsiakan dana mereka dan enggan memberitahu ahli dan parti mereka sendiri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*