PM Beri Jaminan Lebih Banyak Projek Infra Khas Untuk Rakyat Akan Dilaksana

Share This:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan lebih banyak projek infrastruktur rakyat seperti jalan Rawang Bypass yang dibuka hari ini akan dibuat dan dilaksanakan oleh kerajaan.

“Syabas. Ini akan kurangkan masa perjalanan buat pengguna selain memelihara alam sekitar. Banyak lagi projek infra rakyat sebegini akan kita laksanakan,” kata Najib menerusi catatan di akaun Twitter beliau.

Najib berkata demikian sempena pembukaan Jalan Pintas Rawang di Selangor kepada pengguna jalan raya bermula pukul 6 pagi tadi.

Jajaran baharu sepanjang sembilan kilometer bernilai RM628 juta itu melibatkan pembinaan struktur bertiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter dari aras tanah. Ia dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 pengguna setiap hari.

Mula dibina pada 16 Julai 2005 dan siap sepenuhnya pada 21 Nov lepas, infrastruktur bertunjangkan kepentingan rakyat itu dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan masa perjalanan dari Serendah ke Selayang, terutama pada waktu puncak.

Jalan Rawang Bypass itu dibina oleh kerajaan dan tidak dikenakan sebarang kutipan tol. Najib dalam usaha membangunkan negara terus mengorak langkah ke depan tanpa menghiraukan tekanan daripada pakatan pembangkang yang sentiasa berusaha memburukkan program yang dilaksanakan kerajaan.

Apa yang dirancang, sedang dibuat dan telah disiapkan akan diberitahu kepada umum supaya ia dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat untuk digunakan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*